awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN tinjau lokasi strategik, kawasan acara rasmi lawatan Presiden China Xi Jinping

Bernama
Bernama
12/04/2025
14:05 MYT
KPN tinjau lokasi strategik, kawasan acara rasmi lawatan Presiden China Xi Jinping
Menurut hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain melakukan sendiri tinjauan dari udara hari ini menaiki helikopter PDRM jenis Agusta Westland AW139. - Foto Facebook PDRM
KUALA LUMPUR: Polis bersedia sepenuhnya dalam aspek keselamatan, termasuk tinjauan dari udara sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping selama tiga hari ke negara ini, bermula Selasa ini.
Menurut hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain melakukan sendiri tinjauan dari udara hari ini menaiki helikopter PDRM jenis Agusta Westland AW139.
Helikopter itu dipandu Komander Pasukan Gerakan Udara Datuk Noor Sham Md Jani dan dibantu DSP Mohammad Firdaus Rosli.
"Pemantauan hampir sejam itu melibatkan lokasi-lokasi strategik termasuk laluan pergerakan dan kawasan acara rasmi.
"Ia bagi memastikan kesiapsiagaan keselamatan tertinggi pasukan melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di sepanjang lawatan rasmi nanti, dengan penglibatan pelbagai unit," menurut hantaran itu.
Sebelum itu, Razarudin yang menaiki helikopter itu dari Putrajaya Helipad di Presint 6 turut mendengar taklimat oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed di sebuah hotel.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Khalid Saion, Penolong Komander (Operasi) Unit Tindakhas Bukit Aman Supt Mohammad Khairani Khalid dan para pegawai kanan.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri menganggap lawatan berkenaan sebagai signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan.
Fahmi berkata lawatan ini bukan hanya dinantikan, tetapi sebahagian daripada usaha Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan yang ingin melihat hubungan perdagangan lebih baik dengan pelbagai negara termasuk China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Ketua Polis Negara Razarudin Husain
#Presiden China Xi Jinping
#tinjauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan