KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) merancang untuk memohon lebih banyak peruntukan daripada Kementerian Kewangan (MOF) di bawah Bajet 2023 bagi memastikan usaha lebih mantap ke arah pemuliharaan alam sekitar dalam sektor perladangan.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata ini juga selaras dengan komitmen Malaysia ke arah merealisasikan sasaran yang ditetapkan mengikut Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Beliau berkata KPPK komited dalam meningkatkan usaha pemuliharaan untuk meminimumkan konflik hidupan liar-manusia demi kemampanan sektor perladangan.
"Usaha seperti ini juga sekali gus menyangkal kritikan terutama dari Barat bahawa Malaysia tidak mematuhi piawaian alam sekitar global demi tujuan komersial," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata KPPK melalui pelbagai agensi seperti Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan pertumbuhan sektor perladangan yang mampan.
"Ini termasuk pembangunan Santuari Hidupan Liar Gajah Borneo untuk menangani konflik manusia-gajah dan mewujudkan kawasan perlindungan akses awam terkawal untuk lebih memahami dan menjaga haiwan ini," katanya.
Zuraida berkata MPOGCF juga telah memulakan program menanam spesies rumput gajah untuk menggalakkan haiwan tersebut menggunakan koridor hidupan liar dan usaha ini dapat membantu mengurangkan konflik manusia-gajah.
"KPPK turut menyokong Inisiatif 'Heart of Borneo', sebuah program unik yang diterajui kerajaan dan disokong badan bukan kerajaan yang bermula sejak deklarasi bersama oleh kerajaan Brunei, Indonesia dan Malaysia pada 2007," katanya.
Beliau berkata program ini antaranya bertujuan memulihara biodiversiti di Borneo untuk manfaat orang ramai melalui rangkaian kawasan perlindungan, pengurusan hutan lestari dan penggunaan tanah secara mampan.
Usaha ini menunjukkan komitmen kerajaan ke arah memelihara kekayaan biodiversiti negara, katanya.
"Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam Deklarasi Pemimpin Mengenai Hutan dan Penggunaan Tanah dan Ikrar Metana Global pada Persidangan Parti Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim yang diadakan di Glasgow, United Kingdom pada November 2021," katanya.
Beliau berkata penglibatan Malaysia bersama 141 negara lain dalam deklarasi ini adalah selaras dengan Deklarasi Pemimpin Mengenai Hutan dan Guna Tanah Negara.
"Deklarasi ini bertujuan terus mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan tanah negara di bawah liputan hutan serta mengukuhkan komitmen kerajaan dalam pemuliharaan dan pengurusan mampan hutan dan ekosistem lain dan guna tanah, termasuk bagi tujuan pertanian dan perladangan," katanya.
Zuraida juga mengucapkan takziah kepada keluarga seorang pekerja ladang kelapa sawit yang maut dipijak gajah liar di Temerloh, Pahang baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Zuraida berkata KPPK komited dalam meningkatkan usaha pemuliharaan untuk meminimumkan konflik hidupan liar-manusia demi kemampanan sektor perladangan. - Gambar fail
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.
Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK
Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an.
KPPK mohon lebih banyak peruntukan bagi pemuliharaan alam sekitar sektor perladangan
KPPK komited dalam meningkatkan usaha pemuliharaan untuk meminimumkan konflik hidupan liar-manusia demi kemampanan sektor perladangan.
Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing
Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan.
Minyak masak: Sesi libat urus akan terus diadakan bagi cari penyelesaian menang-menang
Datuk Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu terutamanya untuk terus memastikan kebajikan pekebun kecil sawit terpelihara.
KPPK cadang anjur pidato sawit Malaysia di sekolah - Zuraida
Objektif pertandingan itu adalah untuk mendedahkan pelajar dengan kebaikan sawit Malaysia.
KPPK terus pantau perkembangan kempen anti minyak sawit - Wee
Industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar.
Perbincangan mekanisme subsidi minyak masak di peringkat akhir - Khairuddin
Kerajaan sedang di peringkat akhir perbincangan bagi menentukan mekanisme terbaik subsidi minyak masak dalam botol dengan kapasiti dua kilogram (kg) atau lima kilogram.
COVID-19: KPPK akan laksana projek rintis PICK - Khairuddin
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan melaksanakan projek rintis bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menumpuka perhatian kepada sektor perladangan sawit seba
KPPK runding pengecualian dapatkan 20,000 pekerja asing - Khairuddin
Mohd Khairuddin berkata ini penting berdasarkan sektor perladangan dan komoditi adalah kelompok terbesar yang bergantung kepada pekerja asing.