awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPPK cadang anjur pidato sawit Malaysia di sekolah - Zuraida

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/03/2022
09:23 MYT
KPPK cadang anjur pidato sawit Malaysia di sekolah - Zuraida
Mengulas kempen sawit Malaysia di sekolah, Zuraida berkata ia dimulakan dengan mengedarkan buku mengenai sawit. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) bercadang untuk menganjurkan pertandingan pidato memfokuskan tajuk industri sawit negara di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamarudin berkata, objektif pertandingan itu adalah untuk mendedahkan pelajar dengan kebaikan sawit Malaysia.
Cadangan itu disuarakan tidak sampai tiga bulan selepas kementerian sama melancarkan buku Mari Kenali Sawit pada Januari lepas.
“Jadi anak-anak kita akan didedahkan dengan sawit negara kita, kenali sawit Malaysia dan apakah kebaikannya.
“Mereka juga akan jadi duta pada masa akan datang. Apabila mereka besar, mereka keluar negara atau pergi ke mana-mana, apabila ada yang bertanya atau buat tuduhan, mereka mampu menjawab kepada soalan-soalan itu.
“Ini sebabnya kita kena mulakan dengan generasi muda agar mereka boleh katakan bahawa sawit Malaysia ini adalah sawit yang sangat berkualiti tinggi dan tidak harus dikotak-katikkan negara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi di Dewan Rakyat pada Rabu.
Mengulas kempen sawit Malaysia di sekolah, Zuraida berkata ia dimulakan dengan mengedarkan buku mengenai sawit.
Selain itu, kementerian juga akan turun padang, memberikan taklimat kepada pelajar dan guru dan dalam fasa pertama, sebanyak 100 sekolah telah dikenal pasti dan akan dilancarkan pada 6 April nanti.
Topic Berkaitan
#pidato sekolah
#minyak sawit
#KPPK
#Zuraida Kamarudin
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan