awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir

Bernama
Bernama
28/01/2025
09:02 MYT
KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir
Lima pelajar mengalami luka ringan dan dirawat di Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga pelajar ditempatkan di wad kecemasan.- Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pejabat Education Malaysia Mesir (EMM) sedang membantu dan memantau perkembangan terkini lapan pelajar yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Kaherah ke Port Said, Mesir pada 25 Jan lepas.
KPT menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan lima orang pelajar dilaporkan mengalami luka ringan dan dirawat di wad pesakit luar, Hospital Sayed Galal, Kaherah manakala tiga pelajar ditempatkan di wad kecemasan untuk rawatan lanjut.
"KPT juga sentiasa mengikuti secara rapat perkembangan situasi ini melalui Kementerian Luar Negeri (KLN)," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, KPT meminta pelajar mengemas kini butiran diri dan pengajian pelajar ke dalam portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi bagi tujuan capaian maklumat data yang tepat dan cepat sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Jabatan Pendidikan Tinggi mempunyai sistem pembangunan data yang telah disediakan melalui inisiatif pembangunan sistem MyData@EducationMalaysia4U.
Sebarang maklumat boleh terus berhubung dengan Education Malaysia Mesir di alamat :
Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK),
26, Sabil Alkhazender St, From Abdou Basha
Square, Abbasiah, Cairo, Arab Republic of Egypt
No. Telefon : +00 202 2487 3858
E-mel : [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar Malaysia terlibat kemalangan
#Mesir
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Port Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan