awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan

Bernama
Bernama
09/03/2025
14:42 MYT
KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Zambry semasa menghadiri Kembara Ramadan KPT 2025 di USM hari ini. - Gambar FB Zambry Abd. Kadir
GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Zambry berkata beliau juga telah mendapat laporan awal mengenai empat pelajar itu dengan tiga daripadanya dalam keadaan stabil manakala seorang lagi memerlukan perhatian rapi kerana mengalami kecederaan parah.
"Pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) telah maklumkan (keadaan mereka) malah pihak EMJ kita sedang melihat sendiri dan memantau keadaan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu.
"Mereka akan memaklumkan kepada kita (KPT) dari masa ke semasa dan saya akanmaklumkan nanti dari masa ke semasa tentang keadaan mereka," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Zambry yang ditemui selepas menghadiri Kembara Ramadan KPT 2025 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini, turut mendoakan kesemua mereka selamat dan kembali sihat.
Terdahulu, media melaporkan empat pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Mu'tah, Jordan, mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara itu, Jumaat lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khaled memaklumkan dua daripada pelajar terbabit berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti itu.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Ramadan
#kemalangan
#perhatian rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan