MALAYSIA
KPWKM akan beri kaunseling kepada peserta program motivasi

Noraini berucap ketika hadir pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Taiping hari ini. - Foto Bernama
TAIPING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada peserta yang terbabit dengan program motivasi rumah tangga yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- KPWKM Sedia Tawar Kaunseling: Kementerian akan menggerakkan kaunselor dari JKM, JPW dan YKN untuk membantu peserta program motivasi rumah tangga yang mencetuskan kontroversi, sekiranya laporan rasmi diterima.
- Nasihat Kepada Wanita: Timbalan Menteri Noraini Ahmad menasihatkan wanita agar menyiasat latar belakang program sebelum menyertai, bagi mengelakkan penyertaan dalam aktiviti yang mencurigakan atau bercanggah dengan nilai agama.
- Kontroversi Program Tertutup: Program yang diadakan secara tertutup didakwa mengandungi unsur mencolok mata dan ritual yang bertentangan dengan akidah Islam, mencetuskan siasatan oleh pihak berkuasa agama seperti JAIS dan JAKIM.
Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Taiping yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie di sini hari ini.
Dalam pada itu, Noraini turut menasihatkan golongan wanita supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang program motivasi berkaitan wanita atau rumah tangga.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang bekas peserta berhubung program berkenaan yang didakwa songsang apabila diselitkan de-ngan acara yang mencolok mata di sebuah pusat konvensyen di sini pada September tahun lepas.
Program itu diadakan secara tertutup hanya untuk peserta.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami