awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM akan teliti keperluan mangsa kenderaan dihempap pokok

Bernama
Bernama
07/08/2023
14:17 MYT
KPWKM akan teliti keperluan mangsa kenderaan dihempap pokok
Media sebelum ini melaporkan tiga beranak tersebut maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok dalam kejadian pada malam Sabtu lepas. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti keperluan dua beradik mangsa kejadian kereta dihempap pokok berdekatan Kampung Bukit Cina, Kok Lanas di sini, Sabtu lepas.
Dua beradik itu Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, cedera, namun kedua ibu bapa mereka Nik Amirah Ab Rahman, 40, dan Nik Mohd Zulmi Ramli, 44 serta adik mereka Nik Aishah Azzahra, 5, meninggal dunia dalam insiden 8.04 malam itu.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bertemu dengan dua beradik yatim piatu itu dan pihaknya akan melakukan siasatan terperinci bagi menyalurkan bantuan yang sepatutnya agar kebajikan mereka tidak terabai.
"Apa-apa kes yang berlaku seperti ini kebiasaannya wakil JKM akan turun (ke rumah) untuk mendapatkan maklumat bagi menyalurkan bantuan termasuk bantuan kaunseling, kewangan dan sama ada mangsa mempunyai keluarga atau sebaliknya.
"Di KPWKM kita bukan sahaja memberi bantuan bersifat kebendaan tetapi ia juga membabitkan bantuan psikologi sosial bagi mendekati mangsa dari segi perasaan, atasi trauma yang dialami dan sebagainya," katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Wanita Perpaduan di sini hari ini yang turut disertai calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.
Media sebelum ini melaporkan tiga beranak tersebut maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok dalam kejadian di sini malam Sabtu lepas, manakala Nik Adilia Zulaikha dan Nik Adam Zarif yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Machang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#dihempap okok
#bantuan kaunseling
#siasatan terperinci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan