awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM sedia latihan kemahiran, bantu gelandangan dapat kerja - Azizah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/11/2016
05:05 MYT
KPWKM sedia latihan kemahiran, bantu gelandangan dapat kerja - Azizah
Azizah (gambar) berkata bantuan berterusan melibatkan pelbagai kementerian itu sentiasa diberikan kepada institusi-institusi di bawah JKM seperti Desa Bina Diri. -Gambar fail/Shahir Omar
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa fokus dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan gelandangan di negara ini.
Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Azizah Mohd Dun berkata bantuan berterusan melibatkan pelbagai kementerian itu sentiasa diberikan kepada institusi-institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Desa Bina Diri (DBD).
"Buat masa ini, KPWKM masih belum meneroka perancangan untuk menggunakan tanah terbiar di kawasan luar bandar bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian dalam usaha memberi pekerjaan kepada golongan gelandangan.
"Cadangan YB adalah cukup baik kerana institusi DBD memberi kemahiran berkebun, bertukang, menjahit dan sebagainya sebagai persediaan untuk golongan pengemis atau gelandangan untuk berdikari dan kembali semula ke pangkuan keluarga atau masyarakat.
Beliau memberi contoh penghuni di dua Desa Bina Diri yang dilatih kemahiran pertanian tertentu yang meningkatkan keupayaan pelatih diambil bekerja mengikut kesesuaian latihan dan kemahiran yang dijalani.
"Terkini, penghuni di DBD Mersing, Johor diajar kaedah penanaman ubi kayu, keledek dan tebu manakala penghuni di DBD Jerantut, Pahang pula diajar menghasilkan produk telur masin, ternakan ayam kampung dan tanaman sayuran.
"Setelah penghuni menguasai kemahiran-kemahiran yang diberi dalam tempoh pemulihan, pihak penguasa DBD akan berhubung dengan majikan yang berkenaan bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran dan latihan yang diperoleh oleh penghuni sewaktu menjalani pemulihan di DBD," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta menteri bertanggungjawab untuk menyatakan usaha mengurangkan bilangan gelandangan dengan memberikan pekerjaan di sektor pertanian.
Malah, kementeriannya terus mencari penyelesaian terhadap isu gelandangan dengan mengguna pakai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
"Dalam usaha mencari penyelesaian kepada isu gelandangan ini, KPWKM akan berhubung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meneroka kemungkinan memberi pekerjaan kepada golongan gelandangan, terutamanya mereka yang berasal dari luar bandar," katanya.
Topic Berkaitan
#azizah mohd dun
#gelandangan
#Keluarga dan Masyarakat
#Kementerian Pembangunan Wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan