Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa krisis bekalan air bukan merupakan fiksyen atau cerita rekaan, sebaliknya ia adalah fenomena yang sedang melanda dunia ketika ini.
Baginda bertitah diramalkan bahawa persaingan dan perebutan untuk mendapatkan sumber air boleh menjadi punca yang memungkinkan manusia berperang pada masa akan datang.
"Rakyat wajib sedar bahawa bekalan air yang tidak mencukupi bakal mencetuskan krisis kerana air adalah keperluan paling asas kehidupan dan satu perlima daripada penduduk dunia dilaporkan tidak mendapat akses kepada air yang boleh diminum.
"Kebelakangan ini beberapa kawasan di negara kita turut mengalami krisis kekurangan bekalan hingga catuan air terpaksa dilakukan," titah baginda ketika merasmikan Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Senawar di sini hari ini.
Sultan Nazrin bertitah dalam usaha meminimumkan bencana daripada risiko yang sedang dihadapi, tindakan secara proaktif, strategik dan terancang perlu dilakukan termasuk memelihara dan memulihara sumber-sumber air serta kawasan tadahan air dengan memastikan alam sekitar yang mapan.
Baginda bertitah usaha lain yang perlu dilaksanakan adalah mengurus sumber air secara bersepadu, menaik taraf sistem air sedia ada dengan merintis teknologi baru serta mempelbagaikan sumber air dengan meneroka sumber alternatif termasuk potensi air bawah tanah air selain penuaian air hujan.
Program pendidikan juga perlu dipergiat agar pengguna sedar dan turut mengambil tanggungjawab memelihara sumber air dan tidak melakukan pembaziran, titah Sultan Nazrin.
Baginda menarik perhatian dengan berkata memelihara dan memulihara sumber air serta budaya menggunakan air secara berhemah dan optimum merupakan tanggungjawab setiap rakyat.
"Rakyat yang selama ini dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran tropika beranggapan air adalah bahan yang mudah diperoleh wajib disedarkan akan tanggungjawab menghargai air, tidak melakukan pencemaran terhadap sumber-sumber air dan dididik tidak membazir," titah baginda.
Baginda bertitah program pendidikan tentang nilai dan kepentingan air, serta tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara sumber air perlu disemaikan dalam keluarga, sekolah, tempat bekerja, badan-badan bukan kerajaan serta pertubuhan sukarela dan di rumah-rumah ibadat.
Mengenai LRA berkenaan, Sultan Nazrin bertitah ia merupakan langkah bertanggungjawab dalam memenuhi peranan yang amat penting untuk memenuhi keperluan asasi rakyat dan ia perlu dihargai
"Semoga kualiti hidup rakyat akan terus meningkat dan rakyat pula menunjukkan sifat syukur dengan menghargai persekitaran dan memulihara sumber-sumber air demi kepentingan anak cucu kita di masa hadapan," titah baginda.
Projek pembinaan LRA Kampung Senawar telah dimulakan pada Ogos 2014 dan siap pada April 2016 dengan kos bernilai RM46.2 juta.
Yang turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Hadir sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris; Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Sultan Nazrin bertitah, program pendidikan tentang nilai dan kepentingan air, serta tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara sumber air perlu disemaikan dalam masyarakat. Gambar fail
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.
Krisis air bukan cerita rekaan - Sultan Nazrin Shah
Baginda bertitah diramalkan bahawa persaingan dan perebutan untuk mendapatkan sumber air boleh menjadi punca yang memungkinkan manusia berperang pada masa akan datang.