KUALA LUMPUR: Penyenggaraan aset air di Lembah Klang perlu dilakukan, bagi mengelakkan gangguan air tidak berjadual, yang boleh memberi impak lebih teruk kepada ekonomi dan rakyat di kawasan berkenaan.
Pengerusi Persatuan Penyelidikan Air Dan Tenaga Malaysia, S Piapakaran berkata, operasi tersebut sepatutnya sudah dibuat lebih awal lagi, namun tertunda akibat beberapa insiden pencemaran air sebelum ini.
“Apabila kita nak buat penambahbaikan berjadual, kalau kita lewatkan ia akan jadi gangguan tidak berjadual. Tiba tiba nanti ada komponen rosak hingga kita terpaksa tutup sistem.
"Itu lebih berisiko tinggi … sebab tiada siapa diberi amaran akan berlaku gangguan bekalan air. Ada juga pihak industri minta notis dua bulan, tetapi itu tidak mungkin berlaku. Situasi di Lembah Klang bila berlaku pencemaran, kita terpaksa tunda apa-apa maintenance schedule kita,” katanya lagi.
Bermula hari ini, penduduk di 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara daerah terbabit ialah wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
BACA: Di sosial media, #Selangor trending rakyat kongsi keluh kesah paip kering!
BACA: 998 kawasan sekitar Lembah Klang akan alami gangguan bekalan air
Katanya, gangguan bekalan air yang bermula jam 9 pagi itu adalah berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) selama 14 jam, dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11 malam, 13 Oktober ini.
Dalam pada itu, Piarapakaran berkata, kerajaan sepatutnya menjelaskan kelewatan berhubung Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2, yang sepatutnya siap pada 2019.
"Masalahnya sekarang kelewatan ini tak masuk akal. Dari 2014 ke 2019, ia sepatutnya dah siap. Kalau lewat pun projek ini ambil masa setahun kelewatan… saya jangkakan tahun 2020, tetapi dianjakkan sampai 2022.
“Kemudian tahun lepas (bekas) Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (Datuk Xavier Jayakumar) pula menganjakkan kepada 2023. Dan baru beberapa minggu lepas Ketua Audit Negara sendiri dalam Laporan Audit Negara menegur kelewatan Langat 2, yang beri kesan cukup besar," katanya lagi.
Firdaus Azil
Wed Oct 13 2021
Operasi penyenggaraan tersebut sepatutnya sudah dibuat lebih awal lagi, namun tertunda akibat beberapa insiden pencemaran air sebelum ini. - Gambar hiasan
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Isu Air Selangor: Mengapa beri peluang kepada pemilik kilang haram?
Selepas krisis bekalan air yang baru sahaja ke arah kembali ke normal, mengapa perlu tunggu sehingga hujung tahun".
Dewan Rakyat kecoh, Azmin 'panas punggung' diperli krisis air Selangor
Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengaitkan 1MDB dengan hutang negara, menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat.
Kementerian nafi masalah bekalan air di Selangor perbuatan sabotaj
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan dakwaan bahawa punca masalah bekalan air di Selangor adalah disebabkan tindakan sabotaj penutupan paip utama.
MoU air tidak boleh ditarik balik sekalipun pemimpin bertukar - Ongkili
Terdapat klausa di dalam MoU tersebut yang menyebut bahawa ia tidak boleh ditarik balik.
SYABAS minta semua faham pelan catuan
SYABAS tidak pernah menjanjikan bekalan air akan tiba seawal 9 pagi namun hanya bermula pada jam berkenaan.