Orang ramai harus menukar kata laluan (password) semua perkhidmatan dalam talian yang digunakan - dari e-mel hingga ke perkhidmatan bank - bagi mengelak jadi mangsa kecurian identiti, susulan krisis kecurian data yang melibatkan data 46 juta pelanggan mudah alih.
Pengarah Kanan FTI Consulting Gino Bello berkata, semua data melibatkan tarikh lahir, alamat, nombor telefon dan maklumat kesihatan melibatkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia sudah terdedah.
“Anda patut tukar kata laluan untuk perkhidmatan pembelian dalam talian, perbankan. Ini mungkin tindakan yang kelihatan keterlaluan, tetapi sesiapa sahaja yang terdedah turut berdepan risiko kecurian identiti.
"Mungkin ada individu yang akan membuat pembelian mengunakan akaun anda tanpa anda sedari,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan dengan syarikat pembekal perkhidmatan mudah alih (telco) bagi memastikan sama ada mereka terjejas dengan insiden ini atau tidak.
Bello juga menjangkakan siasatan berhubung kes ini akan selesai dalam tempoh beberapa minggu.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Rabu menyatakan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti sumber yang mungkin menyebabkan kebocoran data peribadi.
Tanpa memberikan sebarang tempoh masa, beliau menambah isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.
Pada 30 Okt, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran data peribadi kira-kira 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.
Dilaporkan, pada bulan lalu, laman Lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja.
Shafizan Johari
Fri Nov 03 2017
Laman Lowyat.net bulan lalu menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Krisis kecurian data: Tukar 'password' anda sekarang!
Semua data melibatkan tarikh lahir, alamat, nombor telefon dan maklumat kesihatan melibatkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia sudah terdedah.