KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.
1 Jan 2022 : Tujuh kejadian tanah dan cerun runtuh dilaporkan berlaku pada hari pertama 2022 melibatkan enam kawasan di Selangor dan satu di Negeri Sembilan.
2 Jan 2022 : Sebanyak 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan susulan kejadian jalan runtuh dan dinaiki air.
14 Feb 2022 : Seramai 31 orang daripada sembilan keluarga petugas Balai Polis Tongod, Sabah dipindahkan sebagai langkah keselamatan susulan kejadian tanah runtuh berdekatan dengan balai itu.
8 Mac 2022 : Sebanyak tiga kejadian tanah runtuh berlaku susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu negara. Dua kawasan itu melibatkan rizab jalan di 1/27, Taman Gembira dan Jalan Hang Tuah 4, Salak Selatan, manakala di Seksyen 6, Wangsa Maju merupakan tanah persendirian.
10 Mac 2022 : Empat terkorban manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, selain 15 rumah turut rosak serta 10 kenderaan terjejas.
10 April 2022 : Hujan lebat selama beberapa hari menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir berlaku di beberapa kampung di daerah Tuaran. Sebanyak lima rumah turut dilaporkan terjejas dengan kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok.
15 Mei 2022 : Dua wanita maut dibawa arus deras dalam kejadian tanah runtuh dan kepala air ketika mendaki Hutan Simpanan Kekal Gunung Suku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
14 Jun 2022 : Hujan lebat berterusan menyebabkan kejadian tanah runtuh di Jalan Tun Dr Ismail, Taman Bukit Sentosa serta kerosakan pada sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad.
24 Julai 2022 : Seorang pekerja kontraktor pembersihan pembentungan cedera selepas terperangkap kira-kira empat jam dalam tanah runtuh ketika melakukan kerja pembaikan tangki septik di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi di Johor.
28 Julai 2022 : Dua kanak-kanak maut manakala dua individu dewasa cedera selepas rumah yang didiami Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di Kota Kinabalu, ditimbus tanah runtuh.
29 Ogos 2022 : Enam kediaman di Rumah Rakyat Batang Benar di Nilai runtuh dan mengalami keretakan akibat pemendapan tanah ekoran hujan lebat.
1 Nov 2022 : Enam lelaki terperangkap dalam insiden tanah runtuh di kawasan Empangan Hidro Tenom Pangi di Tenom, Sabah.
15 Nov 2022 : Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila banglo didiami mereka di Taman Halaman di Ampang ditimpa tanah runtuh menyebabkan sebahagian dinding bahagian belakang rumah itu roboh.
17 Nov 2022 : Tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mantin Batu 8 mengakibatkan laluan Mantin-Seremban bagi kedua-dua arah terpaksa ditutup sementara bagi kerja pembersihan.
16 Nov 2022 : Beberapa rumah Orang Asli di Kampung Kerawat, Simpang Pulai di Ipoh tertimbus akibat kejadian tanah runtuh bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.
17 Nov 2022 : Seramai 25 penduduk daripada lima keluarga Kampung Orang Asli Sungai Raya di Mantin, Negeri Sembilan terputus hubungan apabila laluan yang menghubungkan kampung terbabit dengan jalan utama tidak dapat dilalui akibat tanah runtuh dan pokok tumbang.
26 Nov 2022 : Seorang lelaki maut dalam insiden tanah runtuh di Blue Valley, Kampung Raja, Cameron Highlands.
2 Dis 2022 : Bahagian hadapan sebuah rumah teres di Taman Sri Anggerik di Rantau, Negeri Sembilan roboh akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan berterusan.
9 Dis 2022 : Enam individu terselamat dalam insiden tanah runtuh di Taman Halaman, Ampang. Dalam kejadian itu, rumah yang didiami mereka turut mengalami kerosakan.
10 Dis 2022 : Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah berlaku susulan hujan lebat berterusan.
16 Dis 2022 : Seramai 94 individu terlibat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi ini.
Setakat 5 petang tadi, bomba mengesahkan seramai 19 orang terkorban, 14 orang masih hilang manakala 61 lagi berjaya diselamatkan.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 19 orang, 14 dikhuatiri hilang
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Dalam kejadian 10 Mac lalu, empat terkorban manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, selain 15 rumah turut rosak serta 10 kenderaan terjejas. - Fail/Astro AWANI
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Laporan Insiden Batang Kali sudah siap, masih tunggu maklum balas Selangor - Nanta
Laporan mengenai tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember lalu sudah siap, namun belum dapat dibentangkan kepada Jemaah Menteri kerana masih menunggu ulasan dari kerajaan negeri Sel
Kronologi kejadian tanah runtuh sepanjang 2022
Berikut adalah kronologi kejadian tanah runtuh di seluruh negara tahun ini.
NGO salahkan Kerajaan Pulau Pinang akibat kejadian tanah runtuh maut
Alam semula jadi telahpun memberi amaran pada minggu lepas apabila 14 batang galang konkrit sepanjang 25 meter tumbang ke lereng bukit.
Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh - Chow
DOSH keluarkan arahan berhentikan kerja projek lebuh raya itu susulan beberapa rasuk konkrit terjatuh di lereng Jalan Tun Sardon Khamis lepas.