awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi

Kru atau kelasi kapal asing dibenarkan masuk ke Malaysia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/06/2020
08:21 MYT
Kru atau kelasi kapal asing dibenarkan masuk ke Malaysia
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka tidak dibenarkan merayau-raya dalam negara, sebaliknya kru atau kelasi kapal yang tiba di negara ini perlu terus dibawa ke kapal. - Gambar fail
Kerajaan tidak mempunyai sebarang halangan untuk kru atau kelasi kapal dari luar negara kembali berkhidmat, namun syarikat perkapalan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka tidak dibenarkan merayau-rayau dalam negara, sebaliknya kru atau kelasi kapal yang tiba di negara ini perlu terus dibawa ke kapal.
"Jadi tiada isu kita tidak benarkan, sudah lama kita benarkan. Lagi pun kelasi perlu mempunyai pas kelasi 'seaman book' yang tidak dikeluarkan oleh kita (kerajaan).
"Sebab yang bekerja sebagai kelasi biasanya dia berada di dalam kapal, dan tidak turun ke darat. Jadi, tiada isu berkaitan dengan kebenaran, dan kita tidak pernah menyekat mereka," katanya dalam sidang media hari ini, di sini pada Rabu.
Katanya, kerajaan turut memberi kebenaran untuk pekerja warga asing itu pulang ke negara masing-masing melalui negara ini.
"Kapal mereka berlabuh di pelaburan kita, mereka naik kenderaan dan terus ke lapangan terbang.
"Kita tidak benarkan kalau mereka tinggal di hotel dahulu, merayau-rayau atau membeli-belah sebelum pulang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#hotel
#ismail sabri yaakob
#kelasi
#kerajaan
#keselamatan
#kru kapal
#Malaysia
#menteri
#PAS
#pelaburan
#SOP
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.