awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru produksi filem maut, tiga rakan parah

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2021
14:15 MYT
Kru produksi filem maut, tiga rakan parah
Kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tunggul kayu pada bahagian kiri jalan. - Gambar/ Sinar Harian
SETIU: Seorang kru produksi filem maut manakala tiga lagi rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di sini kira-kira jam 1.15 tengah hari pada Rabu.
Insiden yang berlaku berhampiran simpang tiga Kampung Saujana itu menyebabkan mangsa, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, yang juga pemandu Perodua Alza mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tunggul kayu pada bahagian kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.
Beliau berkata, mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja ketika itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.
"Mangsa yang ketika itu berada dalam kenderaan dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu.
"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Sementara itu, Afandi berkata, tiga lagi penumpang iaitu Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, dari Petaling Jaya, Selangor serta Amir Daniel Suhaimi, 23, dari Kuantan, Pahang mengalami keretakan pada tulang di bahagian leher manakala Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, dari Kuala Lumpur putus tangan kiri.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artike disiarkan di Sinar Harian: Kru produksi filem maut, tiga rakan parah
Topic Berkaitan
#kru produksi filem
#kemalangan
#maut
#Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan