PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang mengkaji cadangan untuk memperluaskan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor awam dan swasta dengan gaji penuh khususnya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu bagi mengenal pasti kemampuan untuk mengamalkan budaya kerja berkenaan.
Katanya, bagaimanapun sektor tertentu sahaja dilihat boleh melaksanakan kaedah itu dengan melihat kepada prestasi sebelum ini.
"Kita telah menyedari bahawa budaya baharu semasa tempoh PKP adalah ramai pekerja mula bekerja dari rumah dan saya lihat ada sektor pekerjaan yang melaksanakan kaedah itu masih berjaya.
"Kita sedang kaji sama ada perkara ini boleh diamalkan selepas tempoh PKP (atau tidak) tetapi untuk sektor tertentu sahaja yang boleh mengukur tahap prestasi mereka," katanya dalam sidang media Setahun Malaysia Prihatin bagi kementeriannya di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, kejayaan sesetengah sektor yang melaksanakan BDR bergantung kepada tahap keikhlasan kakitangan di syarikat tertentu.
"Kejayaan ini bergantung kepada keikhlasan pekerja dan tidak mengambil kesempatan (terhadap peluang yang diberikan).
"Perkara ini boleh dilaksanakan tetapi untuk sektor tertentu sahaja," ujarnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia untuk menilai cadang memperluaskan kemudahan BDR untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh bagi penjagaan ahli keluarga yang uzur dan sakit serta menyokong isteri dalam hal penjagaan anak yang baru lahir.
Fauzi Suhaimi
Tue Mar 09 2021
Saravanan berkata, perkara itu bagi mengenal pasti kemampuan untuk mengamalkan budaya kerja berkenaan. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Peniaga sedekah dua tan ikan segar sehari bantu mangsa banjir
Seorang peniaga ikan mengagihkan kira-kira dua tan hasil laut secara percuma setiap hari untuk dimasak di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan.
AWANI 7:45 [212/2024] – Potensi hujan lebat | Kementerian Pendidikan mampu uruskan banjir | Kekalkan kebebasan | Perbincangan bersama Johor
Jangkaan hujan berterusan 8 hingga 14 Disember di pantai timur.
SPM tetap diteruskan walaupun banjir.
Malaysia ketuai Asean, cabaran meminggirkan negara membangun.
Tiada keperluan semakan kadar air mentah ke Singapura.
SPM tetap diteruskan walaupun banjir.
Malaysia ketuai Asean, cabaran meminggirkan negara membangun.
Tiada keperluan semakan kadar air mentah ke Singapura.
Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta untuk bantuan musim tengkujuh - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.
Astro lancar kempen 'Astro's Big Thank You' sebagai tanda penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, melancarkan kempen terbesar baharu ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia dengan menawarkan pelbagai ganjaran menarik.
14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 dis
Empat belas wilayah di selatan Thailand sudah diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat, limpahan air, dan banjir berpanjangan antara esok hingga Khamis ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
Nicol terima pengiktirafan Dewan Kemasyhuran PSA
Nicol dan bekas juara dunia Jansher Khan dari Pakistan menjadi ahli ketiga dan keempat Dewan Kemasyhuran PSA yang dilancarkan awal tahun ini.
Agenda AWANI: Pemerdagangan orang | Jenayah penipuan pekerjaan di luar negara
Apakah usaha signifikan dalam penguatkuasaan membendung jenayah pemerdagangan orang dalam penipuan pekerjaan di luar negara? Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dato' Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Waspada, kekal cakna ancaman mpox menjelang musim cuti akhir tahun - Pakar
Menjelang musim cuti akhir tahun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat kebimbangan kesihatan termasuk yang berkaitan penyakit Mpox.
Perkembangan banjir di seluruh negara
Perincian data daripada info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat diperjelaskan penyampai Astro AWANI, Jasmine Abu Bakar.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.
SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.