BATU GAJAH: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang melihat semula kaedah lain bagi memudahkan pemberian pampasan kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditolak lembaga perubatan.
Bagaimanapun, Menterinya V. Sivakumar berkata setakat ini pihak Perkeso masih tertakluk dengan undang-undang sedia ada iaitu membayar pampasan berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.
"Jemaah doktor dan jemaah rayuan yang menentukan sama ada seseorang itu mendapat pampasan atau tidak.
"Pihak Perkeso mahupun saya sendiri sebagai Menteri Sumber Manusia tidak ada kuasa untuk membuat lebih daripada apa yang termaktub dalam undang-undang," katanya pada sidang media Karnival Kerjaya MYFuture Jobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 di Silverlakes Village Outlet di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan segelintir pencarum Perkeso yang membuat aduan permohonan pampasan sering ditolak Perkeso.
Sementara itu, Sivakumar berkata KSM akan menjalankan beberapa sesi libat urus dengan Perkeso sebelum membentangkan pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dalam tempoh terdekat bagi menggalakkan kaum wanita kembali bekerja.
Menurutnya pindaan akta tersebut susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji yang diinsuranskan pekerja bagi menggalakkan wanita yang kembali bekerja setelah bersalin.
Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan geran penjagaan kanak-kanak itu melibatkan faedah RM290 juta setahun yang dijangka akan menggalakkan 130,000 wanita kembali bekerja setelah tempoh bersalin.
Sivakumar berkata KSM akan menumpukan usaha kepada pengurangan pengangguran terutamanya dalam kalangan wanita, belia dan golongan rentan berikutan peruntukkan RM1.4 bilion kepada kementerian itu untuk melaksanakan program di bawah KSM termasuk Perkeso.
Mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), Sivakumar memaklumkan seramai 142,079 orang suri rumah telah mencarum di bawah skim berkenaan sejak ia dilaksanakan pada 1 Dis hingga 20 Feb lepas.
Katanya daripada jumlah tersebut, 135,281 individu adalah suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih dan mencarum dengan i-Suri KWSP dengan carumannya ditaja kerajaan selama setahun.
Beliau juga memberitahu seramai 776,742 orang berjaya ditempatkan dalam pekerjaan baharu daripada hampir dua juta pencari kerja yang berdaftar dengan MYFutureJobs setakat 10 Feb lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
Sivakumar berkata, Perkeso masih tertakluk dengan undang-undang sedia ada iaitu membayar pampasan berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan. - Gambar fail
BN perlu lebih ke hadapan suarakan isu perubahan- Zahid
Barisan Nasional (BN) perlu lebih ke hadapan dalam menyuarakan isu perubahan iklim, teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital.
Vivy, Fadza yakin sistem keadilan akan bersihkan nama
Pasangan itu didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn Bhd yang telah diamanahkan dana pelaburan Khazanah dan PNB telah melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut.
Qatar sedang berbincang dengan trump untuk laksanakan genjatan senjata
Sheikh Mohammed berkata, Trump telah menyatakan hasratnya untuk melihat konflik di Wilayah Palestin itu diselesaikan sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.
9.5 kg dadah jenis kokain dirampas
Menurut Ketua Komunikasi Direktorat kawalan dadah Kebangsaan, Carlos Denvers, dadah itu disembunyikan di dalam sebuah kontena penghantaran pisang di pelabuhan Santo Domingo, Republik Dominika.
Negara anggota BRICS tidak berminat melemahkan Dolar Amerika
Negara-negara BRICS langsung tidak berminat untuk melemahkan Dolar Amerika Syarikat. Itu penegasan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar pada satu acara di Doha, Qatar pada Sabtu.
Peminat Taylor Swift berkumpul di Vancouver untuk konsert terakhir Eras Tour
Keterujaan itu menyerlah apabila mereka bukan sahaja bergambar dengan pemasangan seni "Swiftcouver" yang memukau, tetapi juga bertukar gelang persahabatan yang menjadi simbol ikatan antara Swifties.
Qatar sambung semula peranan pengantara gencatan senjata
Qatar memulakan semula peranan negara itu sebagai pengantara rundingan gencatan senjata di Gaza.
30 kampung di Kuala Krai dijangka banjir Isnin hingga Jumaat ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Khamis lepas.
[TERKINI] Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum
FFM33: Filem 'Sheriff Narko Integriti' rangkul Anugerah Khas Filem Box Office
Filem Sheriff: Narko Integriti berjaya menerima Anugerah Khas Filem Box Office pada Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM33).
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.