awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSM lulus 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 Sept

Bernama
Bernama
01/10/2022
04:50 MYT
KSM lulus 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 Sept
Setakat ini terdapat 1.3 juta pekerja warga asing di sektor-sektor yang dibenarkan pengambilan dan penggajian pekerja warga asing, termasuk sektor informal. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing sehingga 26 Sept lepas dan daripada jumlah itu sebanyak 436,613 kuota telah membuat bayaran levi.
KSM berkata mengambil kira 1.3 juta pekerja warga asing sedia ada serta bilangan kuota yang telah diluluskan sebanyak 541,315, jumlah itu telah hampir memenuhi permintaan industri untuk keperluan guna tenaga pekerja warga asing.
Katanya keperluan guna tenaga pekerja warga asing di Malaysia adalah dalam lingkungan 1.8 juta dan merupakan jumlah maksima yang pernah dicapai.
Dalam satu kenyataan hari ini, KSM berkata setakat ini terdapat 1.3 juta pekerja warga asing di sektor-sektor yang dibenarkan pengambilan dan penggajian pekerja warga asing, termasuk sektor informal.
Katanya pada masa yang sama, lebih 612,000 pekerja warga asing telah berdaftar dan lulus semakan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) di negara-negara sumber, manakala terdapat 228,321 pekerja warga asing atau bersamaan 37.3 peratus telah diluluskan Visa Dengan Rujukan oleh Jabatan Imigresen yang sedang menunggu masa untuk tiba di negara ini.
KSM berkata perbincangan telah diadakan dengan pihak industri mengenai isu kemasukan pekerja warga asing, dan dimaklumkan bahawa industri seperti sektor perladangan yang telah diberikan kelulusan kuota, tidak akan membawa masuk guna tenaga pekerja warga asing secara sekali gus.
Katanya pengambilan itu akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan perancangan majikan, kerana mereka mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk membawa masuk pekerja warga asing selepas bayaran levi diselesaikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#ksm
#pengambilan pekerja
#kuota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan