Skip to main content
Advertisement

Malaysia

'One data, one standard': KKR satukan data jalan raya negara, lima lagi negeri bakal sertai - Nanta

KUALA LUMPUR, 30 Sept - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Mesyuarat Rundingan Meja Bulat Data Jalan Program MyJalan Kementerian Kerja Raya (KKR) Tahun 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah menerusi Agenda Data Nasional MYJalan itu bermatlamat menamatkan isu kekeliruan bidang kuasa penyelenggaraan serta mempercepat tindakan pembaikan demi keselamatan pengguna. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang giat membangunkan platform rujukan data jalan raya nasional bagi menyatukan maklumat aset jalan di bawah satu ekosistem bersepadu merentasi peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, langkah menerusi Agenda Data Nasional MYJalan itu bermatlamat menamatkan isu kekeliruan bidang kuasa penyelenggaraan serta mempercepat tindakan pembaikan demi keselamatan pengguna.

Jelas beliau, pendekatan berkenaan berteraskan prinsip 'satu data, satu standard, satu ekosistem data jalan nasional' bagi membolehkan keputusan perancangan dan penyelenggaraan jalan dibuat berpandukan data yang tepat dan sahih. 

"Rakyat tidak peduli sama ada sesebuah jalan itu milik Kerajaan Persekutuan, negeri, PBT atau konsesi. Apabila ada lubang jalan atau bahaya keselamatan, mereka mahu tindakan segera. Pengguna tidak sepatutnya melalui birokrasi semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan asas," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Agenda Data Nasional MYJalan dan merasmikan Ekspo Teknologi Jalan dan Trafik ASEAN (MY ARTE 2026) di MITEC di sini, pada Rabu. 

Mengulas perkembangan penglibatan kerajaan negeri, Alexander memaklumkan KKR baru sahaja memeterai pertukaran dokumen Deklarasi Data Aset Jalan (DDJ) bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Katanya, lebih separuh daripada negeri-negeri di Malaysia telah rasmi menandatangani persetujuan perkongsian data aset jalan berkenaan, manakala baki lima negeri lagi dijangka menyusul dalam tempoh terdekat. 

Bagi memastikan integriti maklumat, KKR menetapkan pemetaan standard Sistem Maklumat Geografi (GIS) sebagai keutamaan segera untuk memperincikan sempadan pemilikan setiap laluan di seluruh negara. 

Alexander turut menegaskan sektor infrastruktur negara perlu beralih daripada sekadar minda pembinaan projek baharu kepada minda pengurusan aset yang mampan sepanjang kitaran hayatnya. 

Must Watch Video

Advertisement