PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi membincangkan terma dan syarat kontrak Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) susulan keputusan dasar Kabinet untuk melanjutkan kontrak syarikat itu untuk tempoh tiga tahun lagi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Jabatan Peguam Negara.
"Sudah ditubuhkan (jawatankuasa), Kabinet buat keputusan dasar. Sambung atau tidak (keputusannya adalah) sambung.
"Kabinet menyusul dengan tindakan keputusan bahawa diwujudkan sebuah jawatankuasa dipengerusi KSN," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan membincangkan terma kontrak meliputi prinsip tertentu seperti percepat proses permohonan dan kebajikan pekerja asing.
"Kesemua itu akan jadi satu kerangka yang memandu jawatankuasa yang diketuai KSN ini untuk memperhalusi terma kontrak," katanya.
Bestinet adalah syarikat penyedia Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) (eng: Foreign Workers Centralised Management System).
Ditanya adakah kontrak Bestinet dipersetujui disambung selama tiga tahun, Saifuddin Nasution mengesahkan perkara itu.
"(Kontrak) sudah dimuktamadkan dan sudah diberi keputusan oleh Jemaah Menteri beberapa minggu lalu jadi kerajaan sudah menubuhkan jawatankuasa diketuai KSN,"katanya.
Media sebelum ini melaporkan kontrak Bestinet kemungkinan akan disambung selepas berakhir pada 31 Mei lalu.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 meminta KESUMA dan KDN berbincang dan memutuskan pihak yang akan bertanggungjawab penuh terhadap sistem pengurusan pekerja asing tanpa mengabaikan keperluan semua pihak berkepentingan.
Ini susulan pengurusan pekerja asing melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan FWCMS di bawah KESUMA didapati tidak memuaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Saifuddin berkata jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Mohd Zuki bersama wakil KDN, KESUMA dan Jabatan Peguam Negara. - Gambar fail/Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
KSN ketuai jawatankuasa perhalusi terma dan syarat kontrak Bestinet
Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi membincangkan terma dan syarat kontrak Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) susulan keputusan dasar Kabinet untuk melanjutkan kontrak syarikat itu.
Anwar Ibrahim desak SPRM siasat penuh UKSB dan Bestinet
Kontroversi melibatkan dua syarikat itu mengugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dalam mengurus isu-isu penyelewengan dan kepincangan.
Tuduhan terhadap Bestinet tidak ada asas - Kula Segaran
Kula berkata setelah siasatan dibuat, didapati tuduhan yang dibuat sebelun ini terhadap syarikat tersebut adalah tidak tepat.