KUALA LUMPUR :Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju untuk membayar cukai pendapatan berjumlah RM40,358,336.61 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas kedua-dua pihak menyelesaikan kes saman itu secara baik di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 Sept lepas.
LHDN, dalam tuntutannya sebelum ini menuntut Ahli Parlimen Putrajaya itu membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.
Menurut draf perintah persetujuan yang diperoleh media melalui carian sistem mahkamah hari ini, Kerajaan Malaysia melalui LHDN bersetuju untuk meminda notis taksiran tambahan Tengku Adnan selaku defendan bagi Tahun Taksiran 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 yang kesemuanya bertarikh 15 Mac 2019.
"Oleh yang demikian, taksiran-taksiran tambahan dipinda yang perlu dibayar oleh defendan untuk 2012 berjumlah RM53,872; 2013 (RM4,182,392.03); 2014 (RM6,285,357.26); 2015 (RM6,537,624.73); 2016 (RM3,524,071.10) dan 2017 (RM19,775,019.49).
"Jumlah cukai tambahan yang dipinda adalah berjumlah RM40,358,336.61 termasuk penalti yang membentuk jumlah penyelesaian cukai dan penyelesaian itu dianggap sebagai penyelesaian komposit yang dibuat di bawah Seksyen 96A Akta Cukai Pendapatan 1967," menurut perintah persetujuan itu.
Perintah persetujuan itu turut menyatakan pihak-pihak akan membincangkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh perintah persetujuan (pada 23 Sept lepas) mengenai cara pembayaran.
"Sekiranya pihak-pihak gagal mencapai kesepakatan mengenai cara pembayaran, penyelesaian ini akan dibayar sebelum 31 Dis 2020.
“Plaintif (Kerajaan Malaysia) dan Tengku Adnan dengan ini menarik balik semua permohonan interlokutari yang dibuat di bawah prosiding sivil ini dan tidak akan ada perintah mengenai kos," menurut perintah persetujuan berkenaan.
Draf perintah persetujuan bertarikh 23 Sept lepas turut ditandatangani wakil peguamcara daripada pihak plaintif dan defendan serta ditandatangani oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Kerajaan Malaysia melalui LHDN memfailkan saman terhadap Tengku Adnan pada 24 Julai tahun lepas setelah mendakwa Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai 'Ku Nan' masih terhutang cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.
LHDN, dalam tuntutannya, mendakwa sehingga kini Tengku Adnan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.
Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).
Oleh itu, plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
LHDN, dalam tuntutannya, mendakwa sehingga kini Tengku Adnan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus berjumlah RM57,167,069.35.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya
Datuk Mohd Radzi Md Jidin kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen yang difailkan.
PRU15: Ku Nan nafi janji RM300 untuk pengundi luar
Calon BN di Putrajaya itu sifatkan mesej tersebut suatu tindakan jahat dan fitnah terhadapnya.
PRU15: Ku Nan tiada masalah pertembungan enam penjuru, mahu bertanding secara sihat
Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan jumlah calon yang ramai.
Selepas digantung keahlian, Tun Faisal dipecat daripada UMNO?
Tun Faisal menjelaskan, beliau mengetahui mengenai berita pemecatannya daripada parti melalui rakan-rakan dan sebuah portal berita pada Sabtu.
'Ku Nan tersilap, tak semestinya Presiden UMNO saja boleh jadi Pengerusi BN' - Saiful Bahar
Menurut Saiful Bahar, tidak tertera dalam Perlembagaan BN bahawa Presiden UMNO harus menjadi Pengerusi kepada gabungan parti itu.
Kes rasuah RM2 juta Tengku Adnan: PH kecewa dengan keputusan Peguam Negara
Majlis Presiden PH akan teliti kemungkinan tindakan tersebut melanggar perjanjian persefahaman antara PH dan kerajaan.
'Demi Allah, saya tidak akan khianati UMNO' - pengakuan Ku Nan dijanji jawatan TPM
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengakui pernah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh kerajaan sebelum ini sekiranya bersedia lompat parti dan meninggalkan UMNO.
Pihak yang tarik sokongan kepada Muhyiddin berkepentingan peribadi - Nazri
Pendedahan yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin itu membuktikan keputusan menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.
Keputusan rayuan Ku Nan atas sabitan rasuah hari ini
Keputusan itu dijadualkan untuk disebut di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh panel tiga hakim yang bersidang.
Rasuah RM2 juta: Keputusan rayuan Ku Nan diketahui Jumaat ini
Keputusan rayuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan akan diketahui Jumaat ini.