Kerajaan negeri Terengganu mempertahankan tindakan mereka memberi tanah kepada empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Besut selepas mereka merampas semula negeri itu dari pentadbiran Pas pada 2004.
Dakwaan tersebut ditimbulkan oleh Naib Presiden Salahuddin Ayub pada Ahad lalu dalam satu sidang media di Markas Pas Kampung Baharu, Kuala Besut dimana beliau menyatakan bahawa kerajaan tidak memberi tanah kepada penduduk dengan alasan ketiadaan tanah sedangkan pada masa yang sama empat orang wakil rakyat Barisan Nasional dianugerahkan tanah seluas satu hektar.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata dasar negeri Terengganu ialah memperuntukkan semua rakyatnya berhak mendapat satu lot tanah sebagai tapak rumah atau tanah pertanian.
“Jadi mereka itu sebagai wakil rakyat yang juga rakyat terengganu, mereka juga berhak meminta dan kita beri kerana mereka mengikut cara dan prosedur yang betul. Apa salahnya,” kata Ahmad kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Besut pagi tadi.
Menurutnya lagi, berbeza ketika pentadbiran kerajaan Pas pada 1999 dimana ada wakil rakyat Pas mendapat 150 ekar bersamaan sebuah ladang.
“Wakil rakyat Pas itu kemudiannya mendaftarkan tanah itu atas nama syarikat yang juga milikan wakil rakyat itu dan isterinya. Sama juga dengan empat orang wakil rakyat ini dimana mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat dan sebagai tanda terima kasih, maka kita pun beri pasal mereka juga ada memohon,” katanya.
Wakil Pas itu difahamkan dari Batu Burok dan tanah yang terletak di Dungun itu telah dijadikan sebuah kebun limau yang berdaftar diatas nama syarikat yang juga sebenarnya milik wakil rakyat Pas itu dan isterinya.
Ahmad berkata isu yang cuba dimainkan oleh Pas merupakan isu yang lama dan lapok dan berulang kali dimainkan semula ketika pilihan raya menjelang tiba.
“Mereka tiada isu baru dan asyik mengulang isu yang sama. Apa salahnya rakyat dapat, mentang-mentang mereka itu wakil rakyat jadi takkanlah mereka tak boleh dapat,” kata beliau lagi.
Dalam perkembangan berlainan, kerajaan Terengganu begitu komited dalam pembangunan fasiliti tempat tinggal kepada penduduknya.
“Di Kuala Besut sahaja, terdapat 555 unit rumah manakala 200 unit lagi di Pulau Perhentian sedang dalam pembinaan untuk disiapkan. Perumahan di Kuala Besut itu termasuklah 72 unit rumah pangsa rakyat di Kampung Lay Out Tok Saboh dan kita berjanji akan menambah lagi 500 lagi unit perumahan dan keseluruhannya terdapat lebih 1300 unit perumahan akan disiapkan di negeri,” katanya.
Ahmad menambah, di Pulau Perhentian, kerja-kerja membina 200 unit rumah flat bertingkat yang sedang berjalan memakan kos sebanyak RM33 juta.
“Selain itu, pembinaan masjid di pulau itu juga sedang berjalan dan memakan kos sebanyak RM12 juta berbanding di tanah besar dimana kosnya hanyalah sebanayk RM5 juta dan kos ini agak mahal sedikit kerana tambahan logistik yang digunakan untuk membawa bahan-bahan binaan dari tanah besar,” kata Ahmad.
Segala projek pembangunan yang dilakukan menurutnya bukanlah dilaksanakan kerana terdapatnya pilihan raya kecil tetapi ianya sudah direncana sebelum pilihan raya lagi.
“Di Pulau Perhentian Kecil, projek pembangunan dijangka akan memakan lebih dari dua tahun untuk disiapkan berdasarkan faktor muka buminya yang kekurangan tanah dan ruang,” katanya.
Kos membuat rumah di Terengganu agak mahal dan disebabkan itu kerajaan negeri memberi subsidi antara RM50,000 hingga RM100,000 untuk seunit tanah seperti di Ladang Tanjung, dan Ladang Kuala Terengganu.
“Malah kita turut memberi subsidi sebanyak RM35,000 dimana kos pembinaan kita adalah sebanyak RM150,000 hingga RM650,000 dan kita menjual sebanyakb RM75,000. Kalau di kawasan Duyung pula, kos pembinaan mencecah RM165,000 dan kita menjual semula dengan harga RM68,000 diamana disini subsidi sebanyak RM97,000 ditanggung oleh kerajaan negeri. Tiada kerajaan negeri yang memberi subsidi begitu besar kepada rakyatnya,” kata Ahmad lagi.
Aizat Sharif
Wed Jul 17 2013
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.
PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.
Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.
Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.
Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.