awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti air 14 sungai di Johor dalam kategori paling tercemar - MB

Bernama
Bernama
28/10/2023
14:40 MYT
Kualiti air 14 sungai di Johor dalam kategori paling tercemar - MB
Kualiti air di 14 batang sungai di Johor dikategorikan sebagai paling tercemar, antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU: Kualiti air di 14 batang sungai di Johor dikategorikan sebagai paling tercemar, antaranya Sungai Kempas, Sungai Buluh, Sungai Tampoi dan Sungai Pandan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata susulan itu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan telah diarahkan untuk segera mewujudkan pasukan petugas bagi menangani isu berkenaan.
"Saya telah mengarahkan jabatan dan agensi berkaitan untuk mengadakan satu pasukan petugas, serta mewujudkan rangka kerja dalam menangani isu sungai tercemar di Johor pada kadar yang segera.
Saya yakin dengan kerjasama yang erat daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, sungai-sungai di Johor pasti dapat dibersihkan, sekali gus merealisasikan agenda Johor Bersih menjelang 2030," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Beliau turut meluahkan kekecewaan selepas meninjau beberapa buah sungai pada hari ini kerana ia dipenuhi dengan longgokan sampah sarap, sisa buangan dan bau busuk daripada pencemaran bahan kimia.
Onn Hafiz pada masa sama menyeru rakyat Johor untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sosial serta bekerjasama erat dengan kerajaan negeri dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sejagat.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#sungai tercemar
#Johor
#kualiti air
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan