JOHOR BAHRU: Pemeriksaan kualiti udara di sebuah kilang di Pasir Gudang, dekat sini yang mengalami kebocoran bahan kimia semalam serta kawasan penduduk sekitar, didapati setakat ini berada pada tahap yang normal.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mohd Famey Yusoff berkata bacaan tahap kualiti udara itu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan pemantau JAS.
"Setakat ini, bacaan berdasarkan pemantauan kualiti udara di kawasan berkenaan adalah normal daripada Rabu.
"Malah, bahan kimia yang bocor itu juga tidak dikesan di sekitar kawasan penduduk," katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata pemantauan kualiti udara akan diteruskan pada hari ini oleh pasukan pemantau.
Pada petang Rabu, kilang berkenaan yang terletak di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, dikesan mengalami kebocoran bahan kimia jenis "Styrene Monomer".
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung pencemaran bau di kawasan tersebut pada pukul 5.21 petang dan menggerakkan sepasukan enam anggota BBP Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Larkin.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Keadaan di lokasi kejadian itu katanya adalah terkawal dan tiada laporan atau aduan diterima daripada orang awam, sama ada mengalami gejala pening dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Mohd Famey berkata bacaan tahap kualiti udara itu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan pemantau JAS. - Gambar Bernama
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
FIFA dan AFC akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel.
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
[KRONOLOGI] Serangan Balai Polis Ulu Tiram
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 537 orang
Mangsa banjir di tiga daerah di Perak meningkat kepada 537 orang daripada 152 keluarga pada jam 4 petang Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Anggap polis 'musuh', 'layak dibunuh' dipercayai antara motif - Pakar
Mohd Mizan berkata kumpulan terbabit menyasarkan balai polis kerana dipercayai bagi tujuan pemilikan senjata api.
AWANI Borneo [17/05/2024] - Tempoh 14 hari | Hak Sabah | Sihat Xpress
AWANI Borneo Jumaat, 17 Mei 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Semua MP dan ADUN terima surat arahan bertulis, perlu beri respon kepada MKT Bersatu.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri - Hajiji.
Perkhidmatan kiosk telekesihatan percuma 'Sihat Xpress' dilancar.
Semua MP dan ADUN terima surat arahan bertulis, perlu beri respon kepada MKT Bersatu.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri - Hajiji.
Perkhidmatan kiosk telekesihatan percuma 'Sihat Xpress' dilancar.
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Permohonan reman dikeluarkan Majistret terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco
Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan.
130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina.
Kes dera: Hakim cuti sakit, nasib ibu, rakan serumah diputuskan 1 November
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya, yang didakwa atas dua pertuduhan menganaiya dan mengabaikan anak kandungnya, kepada 1 November.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas
Beliau berkata, KPDN perlu segera mengadakan program jualan Rahmah atau menghantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.
Kualiti udara di kilang alami kebocoran bahan kimia, kawasan penduduk normal - JAS
Pemeriksaan kualiti udara di sebuah kilang di Pasir Gudang, dekat sini yang mengalami kebocoran bahan kimia semalam serta kawasan penduduk sekitar, didapati setakat ini berada pada tahap yang normal.
Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun
Mereka didakwa mencapai niat bersama telah menganiaya kanak-kanak berkenaan yang berada di bawah jagaan mereka menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Tapak pelupusan sampah terbakar di Pasir Gudang
Tapak pelupusan sampah yang dianggarkan seluas 2.9 hektar di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini terbakar pada Jumaat.