awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
EFL: Man City tewaskan Newcastle 3-1, mara ke final
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuarantin wajib 14 hari jika masuk ke Sarawak mulai 10 Oktober

Bernama
Bernama
08/10/2020
12:08 MYT
Kuarantin wajib 14 hari jika masuk ke Sarawak mulai 10 Oktober
Pemantauan lebih ketat HSO akan dikuatkuasakan serta-merta dan polis akan memantau individu yang telah diarah menjalaninya. -Gambar fail
KUCHING:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan bahawa semua warganegara Malaysia yang masuk ke Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan mulai 10 Oktober ini.
Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ujian saringan COVID-19 akan diambil pada hari kedua dan ke-10 dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri oleh individu terbabit.
"Hanya kos kuarantin dan ujian COVID-19 rakyat Sarawak akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini.
Beliau berkata sebelum ini, arahan kuarantin wajib 14 hari yang dikeluarkan pada 4 Okt tidak terpakai kepada rakyat Sarawak yang tiba dari Semenanjung dan mereka hanya perlu menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Bagaimanapun, susulan peningkatan kes positif dari luar Sarawak yang melibatkan rakyat negeri itu, keputusan lebih drastik perlu diambil, katanya.
Timbalan Ketua Menteri I Sarawak itu juga berkata pemantauan lebih ketat HSO akan dikuatkuasakan serta-merta dan polis akan memantau individu yang telah diarah menjalaninya.
"Sesiapa yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#kuarantin wajib
#pusat kuarantin
#10 oktober
#masuk
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan