awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuari runtuh: Operasi keluarkan jengkaut, cari mangsa kedua giat dijalankan - Ketua Polis Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
21/09/2022
07:16 MYT
Kuari runtuh: Operasi keluarkan jengkaut, cari mangsa kedua giat dijalankan - Ketua Polis Perak
Usaha sedang giat dijalankan bagi mengeluarkan jengkaut kedua yang masih tertimbus di bawah timbunan batu akibat runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highands, Ipoh. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Usaha sedang giat dijalankan bagi mengeluarkan jengkaut kedua yang masih tertimbus di bawah timbunan batu akibat runtuhan kuari di Keramat Pulai, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highands, dekat sini.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, operasi tersebut juga bagi mencari seorang lagi mangsa yang dipercayai tertimbus di lokasi sama.
"Semalam, lebih kurang pukul 5 petang, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) diketuai oleh Ketua Polis Daerah Ipoh dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak serta Jabatan Mineral dan Geosains Perak berjaya menemui serpihan jengkaut (excavator) yang disyaki dikendalikan oleh mangsa kedua.
"Yang mana dipercayai tertimbus di bawah timbunan batu berhampiran semasa kejadian berlaku.
"Usaha terus dijalankan oleh pasukan SAR di tempat kejadian untuk mencari mangsa kedua dengan mengeluarkan rangka jengkaut yang masih tertimbus di bawah timbunan batu tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Semalam media melaporkan, pasukan penyelamat menemukan sebuah lagi bangkai jengkaut dalam operasi mencari mangsa terakhir yang terlibat dalam insiden tersebut, Mac lalu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, bangkai jengkaut kedua itu ditemui kira-kira pukul 5.02 petang, pada Selasa.
Selepas enam bulan insiden runtuhan batu di tapak kuari itu berlaku, pengusaha kuari menemui satu daripada dua bangkai jengkaut yang tertimbus sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Pasukan penyelamat kemudian menemui cebisan rangka dan tulang dipercayai manusia dan pakaian.
Mohd Yusri berkata, cebisan tulang dan rangka manusia yang ditemukan itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Katanya, ia bagi membolehkan proses bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dijalankan untuk pengesahan identiti mangsa.
Kejadian runtuhan batu di tapak kuari pada jam 9.15 pagi 8 Mac lalu mengakibatkan dua mangsa tertimbus iaitu Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49.
Topic Berkaitan
#kuari runtuh
#cebisan tulang
#mangsa tertimbus
#Keramat Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan