KUALA LUMPUR:Mutakhir ini, Perkara 40 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menjadi topik perdebatan hangat selepas Yang di-Pertuan, Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan darurat di negara ini.
Pelbagai justifikasi dan ulasan dibuat oleh pihak yang berkenaan berhubung keputusan "tiada keperluan mengisytiharkan darurat" itu termasuk menyifatkan titah Seri Paduka tersebut sebagai bercanggah dengan Perkara 40.
Keputusan Al-Sultan Abdullah yang disambut baik pelbagai pihak demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, turut membawa kepada tindakan perundangan oleh seorang peguam yang memfailkan saman pemula pada 30 Oktober, memohon pentafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung budi bicara Yang di-Pertuan Agong menolak pengisytiharan darurat seperti yang dinasihati Perdana Menteri bagi menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
Perkara 40 (1) secara jelas menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagai mana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.
Persoalannya, dalam hal proklamasi darurat menurut Perkara 150, perlukah Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Perdana Menteri?
Menurut pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, bertentangan dengan fahaman umum bahawa kuasa raja dibatasi oleh Perlembagaan seperti yang dicerminkan oleh istilah "Raja Berperlembagaan", seseorang perlu merujuk setiap peruntukan berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memahami kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Berhubung Perkara 150, beliau menjelaskan, bagi Seri Paduka mengeluarkan proklamasi darurat, baginda perlu "berpuas hati", sama ada sedang berlaku darurat besar atau hampir berlaku darurat besar yang boleh mengakibatkan ancaman keselamatan, ekonomi atau ketenteraman awam.
Jelasnya, "puas hati Yang di-Pertuan Agong" itu ialah pengecualian yang dibenarkan menurut Perkara 40(1) kerana Jemaah Menteri atau seseorang menteri tidak boleh menentukan kepuasan hati Seri Paduka terhadap kewujudan mana-mana satu keadaan berkenaan melainkan Seri Paduka sendiri.
Bagaimanapun, kata beliau, Yang di-Pertuan Agong masih boleh menimbang aspek kewajaran sebelum membuat proklamasi darurat sekalipun baginda "berpuas hati" wujud satu daripada dua keadaan tersebut.
"Dalam hal berkaitan proklamasi darurat, nasihat di bawah Perkara 40(1) tidak terpakai, maka Jemaah Menteri atau perdana menteri hanya boleh membuat permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong," jelasnya.
"Pemeliharaan prerogatif dalam Perkara 150 penting kerana darurat mengabsahkan suatu keadaan serta perjalanan sistem perundangan di luar amalan biasa. Justeru, kuasa itu perlu dikekalkan dalam prerogatif Seri Paduka," katanya yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Undang-Undang Perlembagaan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain itu, beliau berkata, Perkara 150(8) memastikan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah, bertujuan melindungi prerogatif Seri Paduka agar baginda dapat melaksanakan tanggungjawab secara adil.
Wan Ahmad Fauzi juga berpendapat, Al-Sultan Abdullah telah memperhalusi cadangan Perdana Menteri itu sebaik-baiknya dengan memanfaatkan semua saluran yang ada termasuk mengadakan mesyuarat khas Raja-raja Melayu.
Sementara itu, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, isu tafsiran kuasa dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong pernah dibincangkan oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
"Jika kes ini (proklamasi darurat) dibawa ke mahkamah, maka sekali lagi isu ini akan dapat dibincangkan lagi dan pengakhiran kepada isu ini dapat ditemui. Satu lagi isu yang perlu dilihat ialah sama ada peguam yang membawa kes tersebut mempunyai locus standi atau tidak. Jika mahkamah memutuskan dia tiada standing maka mahkamah akan menolak permohonan beliau," katanya.
Dalam situasi semasa negara, Nik Ahmad Kamal berpandangan bahawa Seri Paduka telah melaksanakan tugas berlandaskan Perlembagaan Persekutuan atas dasar kepentingan negara dan rakyat.
"Dari aspek tafsirannya, sama ada selaras dengan maksud perlembagaan atau tidak, itu terletak di tangan mahkamah. Ia perlu dilihat dari aspek lain peranan Seri Paduka, iaitu sama ada keputusan Seri Paduka itu untuk kepentingan dan maslahah keseluruhan atau tidak," tegasnya.
Felow Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof pula berpandangan hal 'nasihat' dan prerogatif merupakan sebahagian daripada dinamika tafsiran Perlembagaan.
"Perlembagaan boleh berubah melalui pindaan di Parlimen. Selain itu Perlembagaan juga melalui perubahan dalam proses tafsiran. Kajian baharu, realiti politik, perubahan cara berfikir rakyat dan situasi semasa mempengaruhi bagaimana perlembagaan berfungsi," kata pensyarah kanan di Pusat Perdana Pengajian Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak UTM itu. - BERNAMA
Bernama
Sun Nov 01 2020
Yang di-Pertuan Agong masih boleh menimbang aspek kewajaran sebelum membuat proklamasi darurat sekalipun baginda "berpuas hati" wujud satu daripada dua keadaan tersebut. - Gambar fail
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
KKR beri jaminan projek kolam selam tempur siap Jun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Kes Najib cabar kewujudan Titah Adendum, dijalankan secara dalam kamar
Muhammad Shafee memaklumkan kepada mahkamah, supaya prosiding kes Najib itu dijalankan secara dalam kamar memandangkan terdapat isu sensitif.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Istana Besar, di sini hari ini.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri.
Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara.