awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuat kuasa undang-undang, putus rantaian COVID: PM rakam penghargaan buat PDRM

Bernama
Bernama
17/10/2021
16:07 MYT
Kuat kuasa undang-undang, putus rantaian COVID: PM rakam penghargaan buat PDRM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) menyerahkan surat arahan pertukaran dan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Daerah Bera Mansor Samsudin (dua, kanan). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia atas peranannya dalam menguatkuasakan undang-undang dan memastikan rantaian COVID-19 di negara ini dapat diputuskan.
Menerusi catatan di Facebook rasmi malam ini, beliau berkata pada ketika seluruh dunia dan negara bergelut memerangi pandemik itu, peranan dan tanggungjawab anggota polis menjadi semakin getir.
"Setinggi-tinggi penghargaan buat pasukan polis kerana bukan sahaja bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang bahkan memastikan usaha memutuskan rantaian COVID-19 melalui sekatan jalan raya dan pasukan petugas untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
"Turut bersama (ialah) ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dalam mengawal sempadan negara dari diterobos oleh pendatang tanpa izin yang membawa pandemik bersama mereka dalam Ops Benteng," katanya.
Ismail Sabri juga berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani kerana menaikkan gred Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera daripada C kepada B.
"Melalui kenaikan ini, anggota polis di IPD Bera ditambah daripada 300 anggota kepada 400 hingga 600 orang. Teruskan perkhidmatan cemerlang demi keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia Bera yang kita sayangi," katanya.
Perdana Menteri turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Mansor Samsudin dan Timbalan Ketua Polis Daerah Bera DSP N. Kumaran atas kenaikan pangkat masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#rakam penghargaan
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan