Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak menyeru ahli-ahli parti supaya terus berjuang demi memastikan parti kekal relevan dalam mendepani pelbagai cabaran dan isu berbangkit.
Antara cabaran yang dimaksudkan adalah mengenai kesepaduan barisan kepimpinan, penjelasan isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu dana politik dan menangani gelombang media sosial.
Berikut adalah teks penuh laman blog rasminya NajibRazak.com:
Insya-Allah, bermula hari ini kita akan mula bersidang di Perhimpunan Agung UMNO 2015. Saya harap perhimpunan ini akan dijadikan sebagai sebuah platform untuk kita menguatkan semangat dan iltizam ahli-ahli parti berjuang memastikan UMNO kekal relevan.
Setiap perhimpunan ada cabarannya yang tersendiri, mungkin pada tahun lalu isunya Akta Hasutan, tahun ini isunya berbeza. Saya akui, dari segi politik, tahun ini suhunya lebih panas, tetapi ini semua saya anggap sebagai sebahagian daripada asam garam dalam dunia politik.
Dalam persiapan untuk Perhimpunan Agung ini, ada juga kedengaran suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa UMNO tidak lagi demokratik, atau tidak lagi memberi ruang untuk bersuara. Ini tidak benar sama sekali.
Sekiranya mereka masih ingat, di bawah kepimpinan Presiden UMNO yang terdahulu dan dalam Perlembagaan UMNO yang lama, sesiapa yang ingin bertanding untuk jawatan Presiden memerlukan pencalonan daripada 63 bahagian.
Sekiranya saya ingin jalan mudah, saya kekalkan Perlembagaan lama. Tetapi saya berpendirian bahawa UMNO harus lebih terbuka dan demokratik, maka saya mengubah Perlembagaan UMNO tersebut di mana saya telah dipilih oleh 160,000 perwakilan pada peringkat akar umbi, jauh lebih ramai daripada mereka yang berada dalam Dewan Merdeka atau pun mempunyai syarat-syarat seperti syarat kuota untuk bertanding dan sebagainya.
Berkaitan persepsi bahawa ada cubaan untuk mengongkong ahli daripada berbincang, bersuara menyampaikan pendapat dan sebagainya, ingin saya jelaskan bahawa cadangan penukaran format persidangan tahun ini ditukar dengan Timbalan Presiden tidak lagi membuka persidangan sayap-sayap UMNO datang daripada Ketua-ketua Sayap sendiri.
Mereka telah berbincang mengenai perkara ini terlebih dahulu di peringkat exco dan bersetuju untuk membawanya ke Majlis Tertinggi. Yang diutamakan adalah mesej kepada perhimpunan kelak, supaya mesej tersebut bersifat kolektif, satu suara sahaja atas nama kepemimpinan parti kita.
Seperti mana juga presiden-presiden atau Perdana Menteri sebelum saya, saya berpegang kepada prinsip bahawa timbalan presiden dan Timbalan Perdana Menteri perlulah selari dengan Presiden dan Perdana Menteri. Tetapi ini bukan bermakna sebagai seorang timbalan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh berbeza pendapat dengan saya.
Saya bersikap terbuka dalam forum tertentu, dalam perjumpaan tertutup, bersama presiden, timbalan presiden, kita boleh berbincang, kita boleh tidak bersetuju pun. Tetapi bila kita berdepan dengan orang ramai, kita mesti mempertahankan keputusan yang dibuat oleh parti.
Berkenaan 1MDB, taklimat mengenai isu ini telahpun diberikan kepada anggota-anggota Kabinet. Malah, sekarang ini pelbagai majlis penerangan diberikan oleh Ketua Eksekutif 1MDB sendiri. Maka, tiada alasan sebenarnya bahawa maklumat penuh mengenai 1MDB ini tidak diberikan.
Masalah utama yang melanda 1MDB adalah kerana isu ini telah terlalu dipolitikkan. Benar, 1MDB ada hutang, tetapi aset yang dimiliki melebihi hutang tersebut. Dan kita turut mempunyai pelan rasionalisasi untuk menyelesaikan masalah ini.
Malah, andainya tawaran awam permulaan (IPO) pada bulan November 2014 dapat kita lancarkan, kita mungkin tidak memerlukan pelan rasionalisasi tersebut. Tetapi, akibat daripada isu ini dipolitikkan, sentimen menjadi terlalu negatif, bermakna suasana pada ketika itu tidak menggalakkan para pelabur untuk membeli saham-saham atau melabur dalam 1MDB.
Oleh kerana itulah IPO tidak dapat kita lancarkan, bermakna hutang tidak dapat kita kurangkan. Tetapi bila pelan rasionalisasi diumumkan, Kabinet bersetuju untuk memberikan masa bagi menyelesaikan masalah 1MDB, dan kita dapat lihat tanda-tanda bahawa memang isu ini boleh diselesaikan, terutamanya apabila Edra telah dijual dan nilai hutang susut lebih kurang RM17 bilion.
Antara isu lain yang sering dibangkitkan adalah berkaitan dana RM2.6 bilion. Ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa duit tersebut bukan duit awam atau duit 1MDB. Perkara ini juga telah disahkan oleh SPRM sendiri. Selain itu, penderma telah disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM turut telah mengambil kenyataan daripada mereka.
Semasa akaun berkaitan dana tersebut diwujudkan, Bank Negara Malaysia telah dimaklumkan, bermakna tiada niat langsung untuk menipu atau melakukan sesuatu yang di luar undang-undang negara. Penderma tersebut juga menderma dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, timbal balas, dan mereka juga menganggap ia bukan satu rasuah, sebaliknya adalah satu derma, bermakna ia tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang.
Jumlah tersebut didermakan ke dalam akaun peribadi saya adalah atas kehendak penderma. Tetapi, jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi bukanlah bermakna wang tersebut untuk kegunaan peribadi saya. Saya telah melakukan apa yang saya fikirkan dengan rasa penuh tanggungjawab, dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya, Insya-Allah.
Salah satu cabaran utama yang kita hadapi kini adalah media sosial. Media sosial ini yang mempengaruhi pendapat rakyat, pemikiran rakyat dan itu menyebabkan kita berhadapan dengan cabaran yang lebih besar berbanding dengan masa lalu.
Contohnya, suara-suara sumbang dalam media sosial dan beberapa pihak yang lain menyatakan bahawa keadaan ekonomi di Malaysia akan diberikan penarafan negatif atau downgrade, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Badan-badan seperti Bank Dunia dan IMF; dan juga badan-badan penarafan seperti Standard and Poor; Moody’s dan Fitch, kesemua badan-badan ini memberi kesimpulan dan penarafan sama ada untuk mengekalkan penarafan atau menaikkan penarafan kepada lebih positif. Malah, mereka memberikan pujian kepada Malaysia dari segi pengurusan ekonomi.
Apa yang berlaku sekarang ini adalah kurang penghargaan terhadap perkara baik yang dilakukan oleh Kerajaan.
Selain itu, terdapat juga kecenderungan untuk pihak-pihak tertentu mengeluarkan pendapat negatif dan kontra, meskipun mereka ini bukan pakar dalam bidang tersebut. Bermacam-macam pendapat yang dikeluarkan, kita harus sedar bahawa ini adalah pendapat, atau opinion dan bukanlah fakta sebenar.
Saya berharap kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO, berikan keyakinan kerana suasana perhimpunan ini dipandang dan dilihat oleh bukan sahaja rakyat negara, tetapi juga oleh mereka di luar negara.
Kita ingin supaya imej parti yang kita paparkan adalah imej parti yang berkuasa. Bahawa kita ahli parti yang penuh tanggungjawab dan mampu menjaga kepentingan parti kita. Kita mahu parti kita disegani, dan dihormati oleh kawan dan lawan.
Astro Awani
Tue Dec 08 2015
Najib mahukan UMNO membawa imej parti yang berkuasa, ahli-ahlinya penuh tanggungjawab dan mampu menjaga kepentingan dan disegani.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Perancis umum pengunduran tenteranya dari Chad
Perancis memulakan pengunduran tenteranya dari Chad dengan perlepasan dua pesawat perang yang berpangkalan di ibu negaranya N'Djamena.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Menurut tentera Perancis, tindakan itu dilakukan dua minggu selepas Chad menamatkan pakatan kerjasama pertahanannya dengan Paris.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.