awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/12/2020
05:24 MYT
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Penulis blog, Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai 'Big Dog' dilaporkan meninggal dunia, hari ini - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR:Penulis blog terkenal, Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai 'Big Dog' dilaporkan meninggal dunia, hari ini.
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Rata-rata mereka menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Zakhir.
Bagaimanapun, punca sebenar kematian Zakhir masih belum diketahui, setakat ini.
Sementara itu, memetik laporan portal The Vibes, Zakhir dilaporkan rebah di kediamannya sebelum dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
Jelas laporan tersebut, Zakhir bagaimanapun gagal diselamatkan.
Allahyarham yang juga Pengarah Petra News sebelum ini dikenali dengan pandangan kritis dan tajam khususnya berkaitan dengan arena politik tanah air.
Zakhir meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan.
Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#meninggal dunia
#blog
#Big Dog
#Blooger Big Dog meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan