awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kubang Pasu dilanda banjir selepas hujan berterusan selama dua hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/11/2024
07:08 MYT
Kubang Pasu dilanda banjir selepas hujan berterusan selama dua hari
Hujan berlarutan selama dua hari menyebabkan banjir di daerah Kubang Pasu, dengan lebih 10 rumah di Kampung Nang Mah dinaiki air setinggi 1.3 meter. -Astro AWANI
KUBANG PASU: Daerah Kubang Pasu, Kedah dilanda banjir pada Rabu selepas dilanda hujan berterusan selama dua hari.

Ringkasan AI
  • Hujan berlarutan selama dua hari menyebabkan banjir di daerah Kubang Pasu, dengan lebih 10 rumah di Kampung Nang Mah dinaiki air setinggi 1.3 meter.
  • Jalan utama antara Changlun ke Jitra terpaksa ditutup untuk kenderaan ringan akibat banjir, dan paras air sungai di Sungai Laka dan Sungai Sintok terus meningkat.
  • Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten Mohd Adenin Suhaimi, menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah jika paras air terus meningkat, walaupun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, lebih 10 buah rumah di Kampung Nang Mah, di sini, dinaiki air setinggi 1.3 meter.
Beliau berkata, banjir turut mengakibatkan jalan utama Changlun ke Jitra terpaksa ditutup untuk kenderaan ringan.
“Air mula naik jam 6 pagi tadi selepas paras air sungai Sungai Laka di Kampung Padang Pasir dan Sungai Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok melimpah sehingga memasuki kediaman penduduk.
“Setakat jam 1 petang tadi, kedua-dua sungai berkenaan menunjukkan trend menaik dan operasi pemindahan mangsa sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Mohd Adenin berkata, APM Kubang Pasu sedang melakukan pemantauan di lokasi terjejas yang dinaiki air di daerah ini.
Beliau turut menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah sekiranya paras air terus meningkat terutama di kawasan berhampiran sungai.
"Anggota kami masih melakukan pemantauan berikutan aras air sungai terus meningkat ketika ini dan masih hujan.
"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka namun kami bersedia pada bila-bila masa jika PPS dibuka untuk memindahkan mangsa yang terjejas," katanya.
Topic Berkaitan
#Kampung Nang Mah
#banjir
#Kubang Pasu
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan