Kerajaan negeri Perak berminat untuk menjadikan kubu perlindungan bawah tanah (bunker) yang dijumpai di kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sebagai satu lagi produk pelancongan negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan pihak terbabit seperti Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan kubu itu oleh satu pasukan yang membuat kajian di kawasan LTSAS yang mendapat kebenaran pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
"Kita juga telah mendapat maklumat bahawa penemuan itu adalah bunker yang berada dalam kedudukan terbaik dan masih kuat.
"Ia boleh dijadikan salah satu daya tarikan dan insya-Allah, kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas lanjut dan kita akan berusaha untuk menjadikannya salah satu tarikan pelancongan ke negeri Perak," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pelancongan di Kg Tanjung Kepah, Lekir dekat sini, hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.
Beliau mengulas penemuan kubu perlindungan bawah tanah di kawasan LTSA, Ipoh, yang dipercayai dibina tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
Kubu itu berkeluasan kira-kira 9 X 9 meter dengan ketinggian 2.5 meter dan boleh memuatkan antara 30 dan 40 orang pada satu-satu masa.
Zambry berkata mungkin ramai pelancong yang ingin melihat dan merasai keadaan kubu bawah tanah itu yang dibina sewaktu Perang Dunia Kedua.
"Kalau sesiapa pergi ke Vietnam dan Kemboja, terdapat bunker yang dibina di bawah tanah dan ia menjadi satu tarikan," ujarnya.
Menteri Besar menambah beliau sendiri juga akan pergi melihat sendiri kubu perlindungan bawah tanah itu.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Dec 30 2017
Kerajaan negeri Perak berhasrat menjadikan kubu perlindungan bawah tanah di Ipoh yang dipercayai pertama seumpamanya dibina tentera British semasa Perang Dunia Kedua sebagai kawasan tarikan pelancong yang baharu. -Gambar fail
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Batu Sapi dicadang untuk dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancong - Khairul Firdaus
Status zon industri di kawasan Batu Sapi dicadang ditukar, dan dibangunkan sebagai kawasan tarikan pelancongan.
Kubu Perang Dunia Kedua bakal jadi tarikan pelancongan baharu
Zambry berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas lebih lanjut mengenai penemuan bersejarah itu sebelum menjalankan usaha-usaha menjadikan ia kawasan menarik untuk dikunjungi.