awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kubur besar: Polis tidak tolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
27/05/2015
04:18 MYT
Kubur besar: Polis tidak tolak kemungkinan pembabitan anggota keselamatan
Khalid (gambar) menegaskan tiada pihak yang akan terkecuali termasuk anggota polis dan kakitangan kerajaan sekalipun. -Gambar fail
Siasatan akan dijalankan akan kemungkinan pembabitan anggota keselamatan negara dengan sindiket penyeludupan manusia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tiada pihak yang akan terkecuali termasuk anggota polis dan kakitangan kerajaan sekalipun.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan program lawatan hospital di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-208.
Menurut beliau, polis sedang mengambil keterangan daripada semua pihak dan siasatan masih dijalankan.
“Kita tidak percaya ada lagi sebab kita telah buat screening dan combing yang menyeluruh daripada Tangga 100 hingga ke Kampung Y. Maknanya kami yakin tiada lagi kubur atau khemah yang mungkin didirikan oleh pendatang,” katanya.
“Setakat ini tiada maklumat baharu tentang jumlah mayat,” katanya lagi.
“Kita tak tahu, tunggu kita korek dulu. Semalam kita dapat exhume (gali) satu lagi. Kerana hujan kita tak boleh buat kerja-kerja itu sebab kita akan runding dengan rakan kita di Thailand untuk guna laluan darat melalui Satun.
BACA: Kakitangan PBT suspek dalang sindiket seludup pelarian Rohingya
“Kita cuba masuk bersama-sama pihak berkuasa Thailand,” katanya lagi.
18 Mei lalu, Khalid dilaporkan berkata, kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69 telah diarahkan untuk menggeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan aktiviti pemerdagangan manusia.
Operasi itu dilancar selepas pihak berkuasa Thailand menemukan beberapa kubur besar pendatang asing di dua kem milik sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar, Songkhla, awal bulan ini.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#kubur besar
#penyeludupan manusia
#sindiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan