BESUT: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah menjalankan bedah siasat terhadap bangkai kucing yang mati disyaki akibat tindakan khianat di daerah ini semalam, dan sampel telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisis kimia serta ujian diagnostik.
Pengarah JPV negeri Dr Anun Man berkata, setelah menerima aduan berkenaan kucing mati disyaki diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di sini, pada Ahad, pasukan operasi Unit Kebajikan Haiwan dan Penguat kuasa Veterinar negeri telah digerakkan untuk melakukan siasatan di lapangan.
"Sebanyak 15 ekor bangkai kucing pelbagai umur, jantina dan warna telah ditunjukkan oleh pengadu di lokasi bangkai itu ditemui dan ditanam," katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut dan meminta orang awam agar membuat sebarang aduan kebajikan haiwan secara rasmi menerusi laman sesawang MyAnimaWelfare di https://awa/dvs.gov.my/support.
Sementara itu Yang Dipertua Majlis Daerah Besut Mohd Fadli Ngah berkata, walaupun terdapat banyak kucing jalanan berkeliaran di daerah itu, namun pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan mengenainya atau menangkap haiwan berkenaan.
Beliau berkata setelah timbul kes kucing jalanan mati dipercayai akibat tindakan khianat, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi memastikan kejadian tidak berperikemanusiaan itu tidak berulang.
Semalam, video penemuan bangkai kucing itu yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022
JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut. Facebook/Badrul Hafeezy Ali
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung
WHO menilai risiko jangkitan sebagai rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.
Kucing mati: Veterinar Terengganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik
JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut.
Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut
Seorang lelaki pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di sekitar pantai tersebut pada pagi Ahad.
20 ekor kucing ditemukan mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut
Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang hari ini.
Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati
Tertuduh didapati secara tidak munasabah menyebabkan tiga ekor kucing dalam jagaannya berada dalam penderitaan tidak sepatutnya.