awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/09/2020
09:26 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati
Saiful Azhar didapati secara tidak munasabah menyebabkan tiga ekor kucing dalam jagaannya berada dalam penderitaan tidak sepatutnya. - Astro AWANI
Mahu memiliki haiwan peliharaan tapi tak fikir panjang tentang komitmen berterusan?
Akibat melakukan pengabaian terhadap tiga ekor kucing peliharannya sehingga menyebabkan kematian, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town hari ini.
Tertuduh, Saiful Azhar Md Rahani, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati secara tidak munasabah menyebabkan tiga ekor kucing dalam jagaannya berada dalam penderitaan tidak sepatutnya sehingga menyebabkan ketiga-tiganya mati.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Bayu, Sungai Batu, Telok Kumbar, pada ajam 4.45 petang, 26 Febuari 2019.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah akta sama.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Roziman Awang Tahrin.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Topic Berkaitan
#George Town
#haiwan peliharaan
#kucing mati
#mahkamah
#Tertuduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan