BESUT: Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di sini hari ini.
Video penemuan bangkai kucing itu, yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook sejak tengah hari tadi serta mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan perkara tersebut.
Ketika dihubungi Bernama, Badrul Hafeezy berkata beliau amat terkejut apabila ternampak bangkai haiwan itu ketika beriadah di lokasi tersebut.
"Saya dan seorang rakan iaitu Roshanapi Osman, 39, ada di situ pada 9.30 pagi. Semua kucing ini memang kenal dan manja dengan saya sebab saya suka memberi makan apabila ada masa terluang.
"Memang rasa sedih, terkilan dan geram dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup buat begitu... apa salah kucing-kucing jalanan itu. Saya muat naik video itu di Facebook dan ada yang beri cadangan untuk saya maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.
Beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada 3.30 petang dan berharap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam insiden itu akan menerima hukuman setimpal.
BACA: Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Dr Anun Man pula berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 06 2022
Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang hari ini. - Foto media sosial/Twitter @jnmalaysia
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung
WHO menilai risiko jangkitan sebagai rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.
Kucing mati: Veterinar Terengganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik
JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut.
Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut
Seorang lelaki pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di sekitar pantai tersebut pada pagi Ahad.
20 ekor kucing ditemukan mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut
Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang hari ini.
Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati
Tertuduh didapati secara tidak munasabah menyebabkan tiga ekor kucing dalam jagaannya berada dalam penderitaan tidak sepatutnya.