awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kucing punca dewan perbandaran Belanda digenangi air, kerugian cecah AS$353,000

Bernama
Bernama
25/05/2024
08:15 MYT
Kucing punca dewan perbandaran Belanda digenangi air, kerugian cecah AS$353,000
Kucing tersebut kemudian dipercayai membuka paip, menyebabkan air bocor tanpa disedari membasahi perabot dan dinding serta melalui lantai memasuki bilik bawah tanah. - Gambar hiasan
AMSTERDAM: Seekor kucing telah menyebabkan dewan perbandaran Dokkum di Belanda digenangi air, menyebabkan kerosakan berjumlah EUR325,000 (AS$352,600), menurut pentadbiran bandar itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kucing itu ditemukan di dewan perbandaran berkenaan semasa kerja-kerja pembinaan pada Mei tahun lepas, lapor stesen penyiaran Omrop Fryslan pada Jumaat.
Oleh kerana tidak dapat menangkap kucing itu, bangunan di wilayah Frisia berkenaan dikunci sementara. Kucing tersebut kemudian dipercayai membuka paip, menyebabkan air bocor tanpa disedari membasahi perabot dan dinding serta melalui lantai memasuki bilik bawah tanah.
Kerosakan tersebut begitu teruk sehingga beberapa kakitangan terpaksa bekerja sementara di bangunan lain. Beberapa dinding dan lantai terpaksa diganti.
Pada mesyuarat majlis perbandaran pada Khamis malam, ahli majlis Bert Koonstra membentangkan bil terakhir hampir EUR325,000.
"Insurans akan membayar kerosakan tersebut," katanya. "Kita kini boleh menutup fail kucing ini."
Tidak dapat dibuktikan dengan pasti bahawa kucing itu benar-benar bertanggungjawab membuka paip berkenaan, kerana tiada siapa yang menyaksikan haiwan itu melakukannya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#ragam kucing
#Dewan Perbandaran
#Belanda
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan