PETALING JAYA: Karnival Usahawan Desa KUD@Putrajaya 2023 hujung bulan ini menyasarkan sejuta pengunjung dan akan menghimpunkan lebih 1,000 usahawan dengan sasaran transaksi RM10 juta dalam bentuk tunai serta padanan perniagaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ramlan Harun berkata penganjuran KUD@Putrajaya 2023 pada 22 hingga 26 Nov di Anjung Floria, Putrajaya akan membawa komponen pelancongan luar bandar sebagai pengisian terbaharu.
"KKDW menjemput rakyat seluruh negara untuk hadir ke KUD@Putrajaya selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019. KUD@Putrajaya 2023 kali ini akan melibatkan usahawan desa yang kecil sehinggalah peringkat global.
"Produk yang dibawa melibatkan pelbagai kategori bukan sahaja makanan dan minuman, tetapi juga fesyen, kraf tangan, gaya hidup dan mini showcase perkampungan Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran KUD@Putrajaya 2023 di Sri Pentas di sini semalam.
Majlis prapelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Sementara itu, KKDW menerusi kenyataan memaklumkan komponen pelancongan luar bandar di KUD@Putrajaya 2023 melibatkan pelbagai aktiviti antaranya glamping di tepian Laman Padi sambil menikmati kopi produk usahawan luar bandar.
Turut diadakan gelanggang sukan rakyat yang memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman bermain batu seremban, boling kelapa dan congkak serta pameran secara maya mengenai rumah bot Tasik Kenyir dan Kelah Sanctuary.
Pameran antaranya melibatkan program sokongan pengukuhan keusahawanan luar bandar, skim pembiayaan ekonomi desa dan program pendigitalan usahawan bersama rakan strategik seperti Shopee, Lazada, Tik Tok dan Boost.
Turut diadakan penerangan, pendaftaran dan pameran oleh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seperti UniKL, GiatMARA, Kolej Poly-Tech MARA, Institut Kemahiran MARA, German-Malaysian Institute dan Kolej Agrosains Malaysia.
"Perkhidmatan buggy juga disediakan pada KUD@Putrajaya kali ini setelah mengambil kira keluasan lokasi program untuk diterokai oleh pengunjung serta keprihatinan KKDW terhadap keperluan warga emas, ibu mengandung, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU)," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Rubiah dan Ramlan (dua, kanan) ketika hadir menyempurnakan Majlis Prapelancaran KUD@Putrajaya di Sri Pentas, Bandar Utama, 9 Nov 2023. --fotoBERNAMA
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan kedai serbaneka RisSMart24, entiti perniagaan sektor peruncitan di bawah pengoperasian Kumpulan RISDA Holdings.
Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pengiktirafan BBEA 2024
Program itu berdiri sebagai sistem sokongan penting untuk keusahawanan Bumiputera.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.