awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan

Bernama
Bernama
28/11/2024
20:15 MYT
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Mahfuz (tiga, kanan) melawat batas tanaman bawang pada Program Kerjasama Tanaman Bawang Merah “Shallot” antara Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau dan Pusat Koreksional Kamunting pada Khamis. - Gambar Bernama
TAIPING: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan, selain pertanian yang sedang dilaksanakan kini, bagi menyokong agenda sekuriti makanan negara.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata ketika ini kerjasama membabitkan kedua-dua pihak telah dilaksanakan di tujuh pusat koreksional dan reintegrasi seluruh negara, membabitkan penanaman sayur-sayuran.
"Buat masa ini tiga lokasi tanaman bawang membabitkan kerjasama kedua-dua pihak adalah di Pusat Koreksional Kamunting, Jasin dan Pusat Reintegrasi Sepang manakala lain-lain pula adalah tanaman sayur-sayuran.
"Dengan kejayaan ini, kita harapkan kerjasama dengan jabatan penjara ini dapat terus diperluaskan dan mungkin membabitkan bidang penternakan pula selepas ini," katanya selepas menghadiri sesi lawatan Program Kerjasama Tanaman Bawang Merah 'Shallot" di Pusat Koreksional Kamunting, di sini, pada Khamis.
Mahfuz berkata, pemilihan pusat koreksional dan reintegrasi sebagai lokasi penanaman juga dilihat sebagai satu usaha mengurangkan kos tenaga kerja selain melahirkan usahawan di kalangan prospek.
"Tidak seperti mana kalau di luar sana, para pengusaha perlu mendapatkan tenaga kerja ditambah kos untuk bayaran gaji agak tinggi. Ia berbeza berbanding di sini, kita dapat jimatkan kos pekerja selain bantu mereka (prospek) mendalami ilmu pertanian," kata Mahfuz.
Sementara itu, Mahfuz berkata, RM78,000 diperuntukkan bagi kos keseluruhan penanaman bawang merah jenis BAW-2 di pusat koreksional ini, yang membabitkan keluasan sekitar 1.2 hektar.
Beliau berkata, proses tuaian hasil bagi penanaman berkenaan dijangka pada Mac tahun depan dengan anggaran pengeluaran sekitar empat tan semusim. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan
#Lembaga Pertubuhan Peladang
#Jabatan Penjara
#kos tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan