ALOR SETAR: Kumpulan Aras Niaga Berhad telah memfailkan saman RM310 juta terhadap Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Kedah yang didakwa melanggar perjanjian pajakan tanah yang ditandatangani pada 2020.
Peguam Firhat Muhammad Fikri, yang mewakili Kumpulan Aras Niaga Berhad, berkata writ saman yang difailkan pada 25 Mac lepas itu menamakan SSI Kedah, Pengurus Besar SSI Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai defendan.
Beliau berkata saman itu difailkan selepas Kumpulan Aras Niaga Berhad diarah menyerahkan kembali tanah seluas 255 hektar di Mukim Semeling, Kuala Muda yang dipajak secara sah sebelum ini kepada SSI.
"Plaintif menuntut ganti rugi akibat mungkir janji terhadap perjanjian tambahan sebanyak RM300 juta dan ganti rugi atas kerja dibuat plaintif dalam melaksanakan projek di tapak berkenaan sebanyak RM10 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Aras Niaga Berhad Datuk Muhamad Annas Mohamad Anuar pula berkata pihaknya mempunyai perancangan kerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) bagi membangunkan lombong bijih besi di tapak berkenaan.
Beliau berkata syarikat telah mengeluarkan sejumlah modal bagi mengawal tapak tersebut termasuk melakukan kerja kajian di kawasan itu sebelum membentangkan potensi kegiatan perlombongan bijih besi yang mampu menjana pendapatan kepada negeri.
"Apa yang dikesalkan selepas pembentangan pada Mac 2021, SSI Kedah tidak lagi melayan permohonan kami untuk mendapatkan lesen melombong dan membiarkan status projek ini tergantung malah dalam pertemuan bersama Pengurus Besar SSI Kedah, kami diminta menyerahkan kembali tanah," katanya.
Muhamad Annas berkata mengikut perjanjian, syarikat itu mendapat hak pajakan selama 45 tahun di tapak berkenaan dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan bagi memulakan pembangunan lombong bijih besi sehingga peringkat perjanjian tambahan.
"Namun akhirnya kami tidak diberikan lesen melombong dan ia jelas merugikan pihak syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Muhamad Annas (tengah) menunjukkan dokumen writ tuntutan oleh syarikat mereka kepada tiga defendan termasuk SSI Kedah ketika sidang media pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan.
Kumpulan Aras Niaga Berhad saman Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah RM310 juta
Writ saman yang difailkan 25 Mac lepas menamakan SSI Kedah, Pengurus Besar SSI Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai defendan.