KOTA KINABALU: Seorang individu yang mendakwa sebagai waris Kumpulan Sulu tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan individu membawa pertikaian Sulu ke Mahkamah Sepanyol kerana mereka bukan waris sah.
Datu Omar Ali Datu Bachtiyal berkata beliau berpandangan tindakan sekumpulan individu itu membawa pertikaian dan proses timbang tara ke Mahkamah Sepanyol juga adalah tidak betul dan tidak sah.
"Pendapat saya, tidak sah sebab kita tahu (fakta waris) ini bercampur, dan kalau kita kaji betul-betul (status mereka) diragui jadi ini (status) tidak benar pada saya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata pertikaian Sulu sebenarnya boleh dirunding dengan baik bersama semua pihak dan proses arbitrasi boleh dilaksanakan menerusi meja rundingan secara damai tanpa melibatkan persengketaan.
"Kita boleh runding...kita cuma mahu apa yang baik bagi kedua-dua pihak, kita pun mahu tolong bangunkan Sabah. Adalah lebih baik kita berbincang dengan Kerajaan Malaysia," katanya.
Datu Omar Ali, 64, berkata beliau langsung tidak pernah dirujuk oleh kumpulan individu terbabit sebelum mereka membawa proses arbitrasi di Mahkamah Sepanyol.
"Tiada komunikasi, we left in the dark, kita pun tidak tahu apa," katanya yang turut mendakwa mengenali beberapa individu terlibat dan pernah berjumpa mereka sebelum ini.
Menjelaskan dakwaan seorang penuntut dalam pertikaian Sulu (Mahkamah Sepanyol) iaitu Taj Mahal Kiram-Tarsum Nuqui bahawa beliau waris kepada Dayang Dayang Piandao, seorang puteri dan antara pentadbir Kesultanan Sulu pada 1936, Datu Omar Ali berkata ia adalah tidak benar kerana baginda tidak mempunyai zuriat.
"Taj Mahal adalah cucu kepada Tarahata dan bukan kepada Dayang Dayang Piandao. Bila cakap bahawa dia adalah cucu kepada Dayang Dayang Piandao ia adalah satu penipuan. Dayang Dayang Piandao tidak mempunyai anak jadi macam mana beliau mempunyai cucu?" katanya.
Datu Omar Ali mendakwa dirinya merupakan waris daripada salasilah Dayang Dayang Piandao. Dayang Dayang Piandao, yang berkahwin dengan Datu Ombra Amilbangsa, menaiki takhta dan menjadi Sultanah pada 1937 sehingga mangkat pada 1945.
Datu Omar Ali mendakwa bapanya dan Datu Ombra Amilbangsa yang kemudian menjadi Sultan Sulu pada 1937 merupakan sepupu pertama.
Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
Mereka membawa perkara tersebut kepada timbang tara Sepanyol pada 2019 dan kemudiannya penimbang tara Dr Gonzalo Stampa yang dilantik oleh kumpulan individu berkenaan membuat keputusan memihak kepada pihak mereka (penuntut).
Keputusan itu digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg.
Malaysia kemudiannya telah menggunakan semua remedi undang-undang yang ada untuk membatalkan dua anugerah yang diberi oleh Stampa.
Pada 24 Jan lepas, Mahkamah di Luxembourg telah mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh kumpulan individu tersebut.
Perintah penahanan pada 11 Julai 2022 yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua award timbang tara dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak US$14.92 bilion (RM63.34 bilion).
Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan dirancang oleh penuntut dan telah mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Stampa dan award yang dikatakan itu.
Mahkamah Perlembagaan Sepanyol juga mengekalkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu selepas menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu (penuntut) terhadap pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dalam kes itu.
Mahkamah Perancis juga telah menangguhkan penguatkuasaan 'final award' yang diberikan Stampa sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung segala tindakan perundangan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023
Datu Omar Ali Datu Bachtiyal berkata beliau berpandangan tindakan sekumpulan individu itu membawa pertikaian dan proses timbang tara ke Mahkamah Sepanyol juga adalah tidak betul dan tidak sah. - Foto Twitter/@bernamadotcom
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Mahkamah Sepanyol sahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara dalam pertikaian Sulu
Mahkamah menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai 'waris' kumpulan Sulu.