awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan gangster didalangi warga asing di Pasar Borong KL dikenal pasti

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2017
08:20 MYT
Kumpulan gangster didalangi warga asing di Pasar Borong KL dikenal pasti
Datuk Mazlan bersama Pengerusi Persatuan Pemborong Sayur-Sayuran Chong Tek Keong (kanan) ketika mengadakan kunjungan di sekitar pasar borong selepas melancarkan Program Community Policing Pengusaha Pasar Borong Kuala Lumpur. - Foto Bernama
Polis mengenal pasti beberapa kumpulan gangster didalangi warga asing yang aktif melakukan peras ugut di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, kumpulan yang dianggotai mengikut etnik dan negara asal masing-masing itu dipercayai masih bergiat aktif walaupun pihaknya sudah mengambil tindakan sebelum ini.
Katanya, polis kini dalam peringkat mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti ahli dan kegiatan dilakukan mereka sebelum mengambil tindakan susulan.
“Sekarang ini kita menjalankan urusan mengindeks mereka ini iaitu mengenal pasti ahli kumpulan dan tempat mereka bersembunyi.
“Kita akan membuat operasi terhadap gangsterism ini dalam masa terdekat untuk kita tangkap mereka ini supaya mereka tidak melakukan yang tidak diingini seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Program Komuniti Polis Bersama Pengusaha Pasar Borong dan Ketua Polis Kuala Lumpur siang tadi.
Datuk Mazlan berkata indeks jenayah di Pasar Borong Kuala Lumpur telah menurun sebanyak 54 peratus pada tahun ini.
Topic Berkaitan
#gangster
#jenayah
#Kuala Lumpur
#operasi
#Pasar Borong Kuala Lumpur
#polis
#Polis KL
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan