KUALA LUMPUR:Lembaga Tabung Haji (TH) akan menunggu sebarang perkembangan dari mesyuarat tahunan melibatkan urusan Haji di Arab Saudi, sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan jemaah haji Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan TH Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, buat masa ini pihak beliau belum dimaklumkan mengenai tarikh sebenar mesyuarat itu.
Ujarnya lagi, seperti dilaporkan sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengunjungi Arab Saudi pada awal tahun hadapan untuk mendapatkan maklumat terperinci.
“Ada mesyuarat tahunan antara Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi dengan menteri-menteri haji di negara Islam terbabit. Jadi biasanya mesyuarat ini akan membincangkan antaranya kuota haji yang akan diberikan kepada negara masing-masing.
“Kita tidak akan tahu perkara ini sehingga lah mesyuarat ini diadakan, tarikhnya belum ditetapkan. Keduanya, dari segi haji itu sendiri, sekarang ini kalau kita tengok apa yang berlaku di Arab Saudi, mereka memulakan ibadah umrah dahulu. Jadi dan sekarang pun terhad kepada rakyat Saudi dan mereka yang berada di sekitar Saudi,” katanya lagi.
Nik Mohd Hasyudeen berkata, pihak TH akan mengikuti sebarang perkembangan dengan rapat mesyuarat itu sebelum memutuskan sebarang perkara berkaitan.
Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas Majlis Pelancaran Aplikasi THiJari di Menara TH, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Dr Zulkifli sebagai berkata, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang garis panduan pelaksanaan ibadat umrah dalam suasana pandemik COVID-19 yang masih belum pulih.
Pada masa sama, beliau memberi jaminan kerajaan akan sentiasa berusaha mendapatkan perkembangan terkini daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan bekerjasama dengan agensi terlibat bagi memudahkan pelaksanaan ibadat umrah bagi umat Islam di Malaysia.
Sementara itu Nik Mohd Hasyudeen ketika menjelaskan mengenai aplikasi THiJari itu berkata, ia merupakan sebahagian usaha TH untuk memudahkan capaian para pendeposit kepada sistem perkhidmatan, selari dengan kehendak dan kepesatan teknologi semasa.
Melalui aplikasi yang boleh dimuat turun dari Google Play dan App Store itu, beliau berkata, para pendeposit boleh melakukan transaksi dalam talian seperti urusan pertanyaan baki, cetak penyata, pemindahan wang, semak status haji, serta urusan pendaftaran haji.
Firdaus Azil
Mon Oct 05 2020
Pihak TH akan mengikuti sebarang perkembangan dengan rapat mesyuarat di Arab Saudi itu sebelum memutuskan sebarang perkara berkaitan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Kuota Haji: TH tunggu perincian dari mesyuarat menteri-menteri di Arab Saudi
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengunjungi Arab Saudi pada awal tahun hadapan untuk mendapatkan maklumat terperinci.