PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meminta Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaksanakan usaha kupasan mukadimah Rukun Negara supaya dapat memberi penerangan kepada masyarakat tentang matlamat utama rukun berkenaan.
Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini pada Isnin, Fahmi berkata beliau melihat terdapat keperluan untuk rakyat Malaysia mendalami mukadimah Rukun Negara.
"Mukadimah ini bukan baharu tetapi sejak Rukun Negara diperkenal tetapi jarang sekali kita dalami," katanya yang turut berkongsi kebiasaan dari kecil untuk mengikrarkan lima prinsip Rukun Negara sahaja.
Lima cita-cita Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta sebuah masyarakat adil agar kemakmuran negara dinikmati bersama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai corak dan membina satu masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.
Pada 13 Ogos lepas, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata lafaz ikrar Rukun Negara kini akan diselaras bermula dengan bacaan penuh mukadimah diikuti lima prinsip berkenaan di semua peringkat sekolah dan program rasmi kerajaan sebagai usaha menyemai taat setia serta rasa cintakan negara.
Fahmi juga berkata beliau bersama-sama Aaron dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akan meneliti supaya 'Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' seperti yang diadakan di Perak baru-baru ini dilaksanakan di peringkat kebangsaan.
Beliau berkata program yang melibatkan pertandingan pidato dan sebutan korus pelajar sekolah menengah serta rendah tentang institusi diraja itu amat baik untuk masyarakat fahami, sayangi dan sanjungi institusi yang menjadi payung pentadbiran negara.
"Saya lihat usaha di peringkat negeri (Perak) sangat baik untuk wujudkan suasana, tanam rasa cinta terhadap institusi diraja dalam kalangan anak muda dan para pelajar yang seharusnya kita contohi," katanya.
Justeru Fahmi meminta Ketua Setiasusaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berbincang dengan kementerian berkaitan dan penyelarasan dengan negeri bagi mengadakan program seperti mengumpul johan pidato dan sebutan korus peringkat negeri untuk acara peringkat kebangsaan.
Semalam, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak Tahun 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Perak.
Program di bawah kelolaan bersama Dewan Negara Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri dengan pembiayaan serta sokongan kerajaan negeri itu turut diisi dengan Pertandingan Akhir Pidato Diraja melibatkan dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selain Persembahan Johan Bicara Berirama dan Sebutan Korus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Fahmi berkata beliau melihat terdapat keperluan untuk rakyat Malaysia mendalami mukadimah Rukun Negara. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.