KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam lagi, seramai 401,105 pelajar seluruh negara akan melangkah ke 'medan perang pen dan kertas', Peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2020 yang bermula esok dalam suasana pembudayaan norma baharu.
Kelainan bagi calon SPM 2020, mereka bukan sahaja hadir ke dewan peperiksaan dengan 'berbekalkan' pen dan pengetahuan, malah kali ini mereka perlu membawa 'bekalan tambahan' iaitu pelitup muka dan cecair pembasmi kuman untuk mencegah penularan COVID-19.
Bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan itu, persiapan akhir di 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.
Di JOHOR, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor (JBPM) Datuk Yahaya Madis berkata 288 sekolah menengah terlibat dalam peperiksaan itu telah menjalani proses sanitasi, merangkumi dewan sekolah, bilik darjah dan bilik kuarantin.
Beliau berkata proses sanitasi dilakukan sekali sepanjang peperiksaan, namun proses sama akan dilakukan sekali lagi sekiranya terdapat laporan kes COVID-19 di sekolah terlibat.
Sementara itu di KEDAH, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri Datuk Najmi Ahmad memberi jaminan pihak pengurusan sekolah amat menitikberatkan aspek berkaitan keselamatan dan kesihatan pelajar sepanjang peperiksaan itu.
Seramai 29,939 calon SPM berdaftar di negeri itu dan calon teramai antaranya adalah di daerah Sungai Petani iaitu 5,944 calon, diikuti Kota Setar (4,931); Kulim (4,138); Kubang Pasu (3,495) dan Baling seramai 2,623 calon.
Di KELANTAN pula, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata bagi calon SPM yang menjalani kuarantin, mereka tidak akan menduduki peperiksaan esok.
Jelasnya, mereka akan dikumpulkan pada satu masa dan tarikh yang sesuai untuk mengambil peperiksaan itu selepas tamat tempoh kuarantin.
Di PULAU PINANG, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Saadon Mokhtar berharap pelaksanaan proses sanitasi dijalankan sejak minggu lepas dapat meredakan kebimbangan pelajar, petugas serta ibu bapa mengenai soal keselamatan calon.
Di TERENGGANU, hanya perbualan telefon dan kiriman doa mengubat rindu ibu bapa terhadap anak mereka yang berada di asrama agar dapat menempuhi peperiksaan SPM dengan mudah dan lancar.
Bagi Nurul Husna Mohamed, 48, beliau akur dengan arahan pengurusan sekolah yang tidak membenarkan ibu bapa berjumpa anak di asrama demi keselamatan calon SPM, meskipun jauh di sudut hatinya agak terkilan tidak dapat mendakap anaknya dan memberi sokongan emosi.
"Apa yang mampu saya lakukan hanya berdoa dan berpesan kepada anak agar sentiasa tenang dan bertawakal kerana sudah berusaha sebaik mungkin selama ini, keluarga dan guru pasti mendoakan kejayaan mereka," katanya yang kali terakhir bertemu anaknya pada 9 Jan lepas sebelum pulang ke asrama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang.
Sementara di NEGERI SEMBILAN, seramai 16,554 calon yang menduduki peperiksaan itu esok dinasihatkan mematuhi semua SOP yang ditetapkan termasuk menjaga jarak fizikal,membawa cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup muka.
Pengarah Pendidikannya, Md Fiah Md Jamin berkata guru dan pihak sekolah juga sudah membuat segala persiapan menghadapi peperiksaan dengan SOP terkini, selain sentiasa berhubung rapat dengan Pusat Kesihatan Daerah dan MKN bagi berdepan segala kemungkinan.
Di PERAK, 620 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memantau 428 pusat peperiksaan dan sekolah di seluruh negeri sepanjang peperiksaan awam itu.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pemantauan itu melibatkan penugasan rondaan oleh 100 unit kereta peronda polis (MPV) dan 200 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di semua daerah seluruh negeri itu bagi menjamin keselamatan calon yang hadir ke pusat peperiksaan.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad pula mendoakan semua calon dapat menjawab dan tenang seterusnya memperoleh keputusan cemerlang.
Selain calon SPM, peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 juga berlangsung serentak esok.
Lembaga Peperiksaan sebelum ini memaklumkan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian SPM 2020, seramai 48,014 petugas peperiksaan dilantik untuk bertugas di 3,310 pusat peperiksaan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 21 2021
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan kerja-kerja disanitasi dan disinfeksi dalam bilik darjah yang digunakan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bermula esok di Sekolah Menengah Kebangsaan Majidee Baru 2, hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - KP Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.