Skip to main content

Malaysia

Penutupan sebahagian Jalan Syed Putra, persimpangan Jalan Istana bermula 14 Sept - NPE

Penutupan Sebahagian Jalan Syed Putra, Persimpangan Jalan Istana Bermula 14 Sept- NPE -- BERNAMA
NPE mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi panduan keselamatan dan berwaspada ketika melalui kawasan pembinaan. --fotoBERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Syed Putra dan Persimpangan Jalan Istana di sini ditutup secara berperingkat bermula 14 Sept dari 10 malam hingga 5 pagi bagi kerja awal pembinaan Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2).

New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan sebahagian jalan itu dan pengaktifan pengurusan trafik sementara akan dilakukan mengikut jadual kerja pembinaan.

“Justeru, pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi semua papan tanda, arahan petugas dan pengurusan trafik yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

NPE turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi panduan keselamatan dan berwaspada ketika melalui kawasan pembinaan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berkaitan kerja pembinaan dan pengurusan trafik boleh menghubungi talian NPE Infoline 1300-88-1010.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement