KUALA LUMPUR: Kurang sebulan perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt lepas menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan setakat 15 Nov, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata daripada jumlah itu, 23 peratus atau 3,983 saringan mempunyai risiko kemurungan, manakala 15 peratus atau 2,592 saringan didapati memiliki risiko keresahan.
"Individu-individu yang mempunyai risiko ini ada akses secara terus melalui MyMinda untuk mendapatkan bantuan kaunseling," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai pencapaian modul MyMinda sejak diperkenalkan dalam aplikasi MySejahtera.
Menjawab soalan asal Noraini berhubung status pengoperasian dan pencapaian Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Dr Zaliha berkata kemudahan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love) NCEMH telah merekodkan 26,139 panggilan berkaitan kesihatan mental setakat ini.
Dr Zaliha berkata jumlah itu merangkumi 16,942 pemanggil mendapat bantuan sokongan emosi dan 9,197 klien menerima intervensi khusus oleh Pegawai Psikologi Kaunseling.
"Rekod juga mencatatkan 217 kes melibatkan tingkah laku bunuh diri meliputi 99 kes ialah idea bunuh diri dan 118 kes pula cubaan bunuh diri. Semua klien cubaan bunuh diri telah diberikan intervensi dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Menurut Dr Zaliha, individu-individu yang mempunyai risiko ini ada akses secara terus melalui MyMinda untuk mendapatkan bantuan kaunseling.- Gambar fail/Japen
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.
Elak tanggapan serong terhadap individu hidap masalah kesihatan mental
Perkara utama yang perlu difahami dalam konteks penghidap kesihatan mental adalah menyedari perubahan yang berlaku dalam diri individu.
MyMinda: KKM kesan 1,315 individu ada ciri-ciri untuk bunuh diri – Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) menerima data yang membimbangkan mengenai tahap kesihatan mental sebahagian rakyat Malaysia termasuk berkaitan kecenderungan untuk membunuh diri.