Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengingatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar termasuk aktiviti di air sepanjang keadaan berjerebu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Negeri Rozizah Abni Hajar berkata ia bagi menggelakkan seberang insiden yang tidak diingini berlaku dengan persekitaran yang diselubungi udara yang tidak sihat.

"Kita harap orang ramai dapat mengehadkan aktiviti reakrasi dan mandi di kawasan pantai, air terjun dan sebagainya.

Keadaan ketika ini tidak sesuai untuk melaksanakan aktiviti tersebut serta boleh memudaratkan kesihatan mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka termasuk pembakaran sampah termasuk tayar buruk sepanjang musim ini yang boleh menyumbangkan kepada jerebu.

Justeru beliau meminta orang ramai yang melihat terdapat kebakaran belukar, sampah dan sebagainya dapat menghubungi pihak bomba dengan kadar segera.