awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang

Bernama
Bernama
20/04/2024
21:15 MYT
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Setakat ini, Jabatan Kesihatan Pahang hanya menerima kes keletihan haba dan ia terkawal dengan pesakit kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital. - Gambar hiasan
KUANTAN: Penduduk Pahang diingatkan supaya peka dengan keadaan semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti luar terutama melibatkan kanak-kanak, susulan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rusdi Abd Rahman menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi.
"Kalau keadaan terlalu panas, elakkan diri daripada melakukan aktiviti luar, mereka yang nak buat perancangan misalnya berkhemah dan sebagainya, tengok ramalan cuaca...kalau keluarga bersama anak-anak cari masa yang sesuai untuk beraktiviti luar selain pakai pakaian yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Karnival Kekal Sihat Pahang dan 3rd Advanced Wound Healing Conference 2024 oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Razali Kassim di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, Dr Rusdi memaklumkan setakat ini pihaknya hanya menerima kes keletihan haba dan ia terkawal dengan pesakit kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.
"Kebanyakan pesakit sebelum ini mereka tidak minum air yang mencukupi kerana berpuasa dan melakukan kerja yang agak berat untuk menyambut raya," katanya.
Sebelum ini, Pahang merekodkan satu kes kematian akibat strok haba membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada 2 Feb lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#strok haba
#aktiviti luar
#cuaca panas
#Rusdi Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan