awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tip kekal cergas ketika cuaca panas

Sinar Harian
Sinar Harian
02/05/2023
01:00 MYT
Tip kekal cergas ketika cuaca panas
Haliza berkata, apabila kita terdedah secara langsung dengan gelombang panas, ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan tubuh kurang air sehingga berisiko mengalami strok haba. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Pakar kesihatan mencadangkan beberapa cara untuk mengharungi cuaca panas pada ketika ini bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba.
Menurut Pakar Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti luar.
“Saya menyarankan kepada orang ramai yang mahu beraya atau ke mana sahaja untuk berada di dalam rumah atau bangunan bagi mengelakkan tubuh kekurangan air.
“Apabila kita terdedah secara langsung dengan gelombang panas, ia menyebabkan badan berpeluh dan sekali gus mengakibatkan tubuh kurang air sehingga berisiko menghidap masalah strok haba,” katanya.
Haliza berkata, langkah tersebut perlu juga disusuli dengan pengambilan air minuman yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter atau enam gelas sehari.
Pakar kesihatan mencadangkan beberapa cara untuk mengharungi cuaca panas pada ketika ini bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba. - Sinar Harian
Pakar kesihatan mencadangkan beberapa cara untuk mengharungi cuaca panas pada ketika ini bagi mengelakkan berlakunya masalah kesihatan seperti strok haba. - Sinar Harian
“Apabila tubuh tidak mendapat air yang mencukupi, ia akan mengakibatkan kekejangan dan keletihan yang boleh menyumbang kepada strok haba.
“Keadaan itu boleh menyebabkan seseorang pengsan sehingga berisiko berhadapan dengan kematian,” katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan orang ramai untuk duduk di kawasan yang terlindung daripada gelombang panas dan mempunyai pengudaraan baik.
Jelas Haliza lagi, daripada aspek pemakanan pula, orang ramai amat digalakkan untuk makan makanan seperti sup, buah-buahan yang berair antaranya tembikai dan betik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#aktiviti luar
#strok haba
#tubuh kurang air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan