awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kursus dalam talian percuma kepada pemandu pelancong

Bernama
Bernama
27/04/2020
20:56 MYT
Kursus dalam talian percuma kepada pemandu pelancong
MUSA: Pertandingan mencipta video pelancongan dengan tanda #dreamnowtraveltomorrow dilanjutkan sehingga 12 Mei, selepas mendapat sambutan ramai sepanjang tempoh PKP. - Gambar fail
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan menawarkan kursus dalam talian secara percuma kepada semua pemandu pelancong yang berhasrat untuk memperbaharui lesen mereka.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata kursus jangka pendek itu membabitkan langkah dan pelan yang boleh diambil oleh pemandu pelancong untuk mempromosikan perkhidmatan pelancongan mereka dengan norma baharu berikutan penularan COVID-19.
"Contohnya, kita akan ajar mereka untuk keluarkan satu video teaser di platform mereka termasuk media sosial menerusi kepakaran bercerita mengenai tempat pelancongan mereka untuk merangsang bakal pelancong datang selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan atau sekurang-kurangnya diberi kelonggaran selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Promosi Pelancongan Norma Baru Pasca COVID-19' terbitan Bernama TV, pada Isnin.
Bagaimanapun, mekanisme dan tarikh kursus dalam talian itu dimulakan, belum ditentukan lagi kerana memerlukan penglibatan beberapa pihak termasuk Institut Latihan pelancongan (ILP) dan persatuan pemandu pelancong.
Sementara itu, Musa berkata pertandingan mencipta video pelancongan dengan tanda #dreamnowtraveltomorrow dilanjutkan sehingga 12 Mei, selepas mendapat sambutan ramai sepanjang tempoh PKP.
Melalui penciptaan video kreatif menggunakan lagu bertajuk Cuti-cuti Malaysia atau Visit Malaysia Truly Asia itu, orang ramai berpeluang memenangi pelbagai pakej pelancongan di dalam negara dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman web www.malaysia.travel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan
#MOTAC
#pelancong
#pelancongan
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan